Sabtu, 1 Jun 2013

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


(Gambar) Buaya Tembaga <b>di Port Dickson</b>? | Berita Semasa

Posted: 02 Aug 2010 05:57 PM PDT

buaya-di-port-dickson

Ingat lagi kisah pada awal tahun ini iaitu bulan Januari 2010 lalu, punyalah heboh satu Malaysia mengatakan ada kelibat buaya di port Dickson selepas salah seorang pengunjung mengadu digigit sesuatu sehingga menariknya ke laut? Masa itu ramai yang tertanya-tanya peliknya bagaimana buaya tersebut boleh ada di laut, atau ada yang ambil endah tak endah sahaja. Khabar angin katanya.

PORT DICKSON 14 Jan. – "Pantai peranginan Port Dickson selamat. Tiada apa yang perlu dibimbangkan." Itu reaksi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abdul Wahab Samsuddin sebagai mengulas kejadian seorang lelaki yang mendakwa diserang seekor reptilia ketika mandi di pantai tersebut baru-baru ini. Beliau menafikan lelaki itu digigit seekor reptilia – buaya, sebaliknya menegaskan, kemungkinan ia diserang haiwan lain ketika mandi.

"Di kawasan tempat lelaki itu mandi tiada buaya," tegasnya.

Dalam kejadian 1 Januari lalu, seorang posmen, Mohamad Helme Leman, 25, mengalami luka teruk dan terpaksa menerima kira-kira 50 jahitan dipercayai diserang seekor reptilia ketika mandi di pantai persendirian di Batu 3, dekat sini. Pantai Batu 3 adalah kawasan persendirian.

Ini pula reaksi Menteri Besar Negeri Sembilan pada masa itu…..

SEREMBAN 18 Jan. – Hentikan spekulasi kononnya pantai peranginan Port Dickson tidak selamat termasuk mendakwa wujudnya buaya yang menyerang seorang pengunjung. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan ia adalah sesuatu yang tidak betul dan boleh menjejaskan industri pelancongan di situ.

''Siapa kata ada buaya di Port Dickson? Itu cakap kosong. ''Laporan pakar yang meneliti kesan gigitan pada mangsa itu, ia bukanlah disebabkan oleh buaya, mahupun ikan," kataya.

100802183749

Nah sekarang selepas 7 bulan kemudian terbukti terdapat buaya tembaga di Port Dickson. Punyalah besar buaya ini. Daripada satu aspek, buaya tembaga yang mati di Port Dickson ini adalah baik untuk keselamatan pengunjung yang mandi-manda di sana. Tetapi betul-betul terjamninkah keselamatan mereka ini selepas ini? Adakah buaya tembaga ini "tidak meningggalkan waris"?

PORT DICKSON – Jika sebelum ini kehadiran buaya di pantai peranginan di Port Dickson sering dinafikan oleh banyak pihak, namun semalam persoalan itu terjawab apabila seekor buaya tembaga betina ditemui di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas dekat sini. Reptilia pemangsa itu dijumpai terapung-apung oleh tiga orang pekerja binaan pada pukul 12.45 tengah hari ketika mereka sedang memancing di kawasan berkenaan.

Walaubagaimanapun, banyak kemungkinan sebenarnya. Adakah buaya tembaga yang ditemui mati ini dihanyutkan ke muara dari Sungai Linggi disebabkan dah mati lama dah buaya ini? Tanjung Agas dekat  dengan sempadan Melaka. Muara Sungai Melaka sampai ke kampung Sungai Dua merupakan sempadan Negeri Sembilan vs Melaka. Kepada kaki pancing udang, Sungai Linggi juga merupakan "syurga" bagi buaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads