Sabtu, 15 Jun 2013

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


PLBNS mahu velodrom tertutup kelas satu dibina <b>di Nilai</b> ABN News <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2013 09:03 PM PDT

SEREMBAN – Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) hari ini meminta pihak berkaitan menimbang semula keputusan membina velodrom tertutup kelas satu di Cheras dan bukan di Nilai, Negeri Sembilan.

Presidennya, Datuk Jamlus Abd Aziz berkata, ini kerana perkara itu sudah diputuskan dalam Belanjawan 2013 yang memperuntukkan RM80 juta bagi tujuan berkenaan.

"Mengapa perlu diubah setelah keputusan dibuat untuk membina sebuah velodrom tertutup  di Nilai? Lagipun kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan sebuah kawasan yang sesuai untuk tujuan tersebut," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad semalam, bahawa hanya satu velodrom tertutup kelas satu akan dibina Cheras.

Naim dilapor berkata, perkara itu diputuskan pada perbincangan antara Kementerian Belia dan Sukan serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Mengulas lanjut, Jamlus berkata pembinaan velodrom itu di Nilai akan merancakkan lagi pembangunan di kawasan pinggir bandar, tambahan pula terdapat banyak kemudahan sukan di kawasan ibu negara termasuk Cheras pada masa ini.

"Selain itu, Negeri Sembilan juga mempunyai ramai pelumba basikal yang berbakat dan sudah semestinyalah kerajaan perlu memikirkan juga kemajuan sukan itu di peringkat negeri.

"Oleh itu, kami berharap kerajaan dapat pertimbangkan cadangan asal untuk membina satu velodrom tertutup kelas satu di Nilai," katanya. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads