05 di mantin - Google Blog Search |
BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mantin</b> - Google Blog Search Posted: 12 Jun 2013 11:26 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |||||||||
Politik Melayu <b>Mantin</b>: Siapa Bakal Menjadi Nazir Masjid <b>Mantin</b> Posted: 09 Jun 2013 05:50 AM PDT Buat masa ini jawatan Nazir Masjid Pekan Mantin kosong setelah Haji Danial meninggal di Tanah Suci Mekah selepas mengerjakan Umrah. Koperal ucapkan takziah kepada ahli keluarga Haji Danial. Sesungguhnya Haji Danial adalah seorang yang warak dan komited dalam menjalankan tugasnya sebagai Nazir Masjid Pekan Mantin. Beliau tidak menolak apa jua undangan kenduri tahlil jika dijemput. Beliau adalah seorang pesara yang pernah bertugas di Pejabat Haiwan di Negeri Sembilan. Al Fatehah untuk Haji Danial. Memang agak sukar untuk mencari pengganti seperti Haji Danial. Haji Danial seorang yang pendiam dan tidak banyak bicara. Beliau tidak melibatkan diri dalam politik. Memang sesuai beliau diangkat menjadi Nazir masjid. Seorang yang akan dipilih menjadi nazir masjid seharusnya seorang yang tidak bergiat aktif dalam politik berparti. Masjid harus dijauhkan politik. Masjid menjadi tempat untuk semua orang Islam bernaung. Tidak ramai penduduk asli Mantin yang berkebolehan tidak terlibat dengan politik. Calon yang begitu lama dengan pentadbiran masjid Mantin ialah Ghani. Beliau adalah setiausaha masjid. Tetapi harus diingat bahawa Ghani adalah Ketua UMNO Cawangan Setul dan Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban. Penglibatannya dalam politik adalah sangat mendalam. Selain daripada politik, Ghani juga aktif dengan NGO lain di sekitar Seremban. Oleh itu , Koperal rasa dia memang tidak sesuai untuk jawatan nazir. Calon yang lain yang dijangka dipetimbangkan ialah Haji Sofian Suri. Beliau pesara polis. Seorang yang tegas dan mengikut peraturan/ Namun beliau juga aktif dalam politik. Beliau ialah Timbalan Ketua UMNO Cawangan Setul. Atau jawatan ini diberilan kepada Haji Ibrahim. Jika Haji Ibrahim dipilih. beliau juga adalah Ketua Kampung Setul. Tidak mungkin beliau dapat menjalankan dua tugas yang berat ini. Beliau juga sudah berusia tetapi masih sihat. Calon anak jati Mantin yang lain Koperal tidak Nampak. Penduduk yang tingal di taman taman perumahan dianggap orang mendatang. Biasalah dalam masyarakat Mantin, mereka tidak dapat menerima orang di luar Lopak mereka. Inilah yang menghalang kemajuan Melayu Mantin. Jumlah penduduk Melayu Mantin yang dating dari luar sudah melebihi jumlah penduduk asal Mantin. Ustaz Muzamil seorang yang berpendidikan agama tetapi telah ditolak oleh orang tempatan. |
You are subscribed to email updates from di mantin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan