Isnin, 3 Jun 2013

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


fy: Kembali Ke Kelong Pozi, <b>Lukut</b> Selepas PRU13...

Posted: 21 May 2013 03:54 AM PDT



Setelah beberapa bulan sibuk dengan usaha menyakinkan rakyat dengan kemampuan Barisan Nasional. Sehinggalah selesai proses PRU13 yang lalu, barulah boleh plan nak pi mengail pula.
Aku dan rakan-rakan seperjuangan dalam hobi yang suka memancing sekali lagi telah berkomplot ke kelong Pozi di lukut baru-baru ini. Hasilnya… kurang memberangsangkan.
Apapun trip kali ini hanya untuk melepaskan gian yang dah lama tak pi. Sambil berehat setelah penat berkempen pada PRU13 yang lalu. Kata kau!...
Ada kelainan pada kelong Pozi kali ini. Bilik-biliknya telah ada katil untuk beristirehat. Nampak lebih kemas dari dahulunya. Cuma yang masih belum berubah, bilik airnya. (Bro Pozi, harap lepas ni bagi upgrade itu toilet arr).
Tak cukup memancing di atas kelong, kami try memancing pula kat jeti. Tempat di mana Pozi menyediakan ruang untuk memancing di muara Sungai Lukut. Katanya, jemuduk bersaiz 8-9 kilo baru terlepas sehari sebelum kami sampai.
Apapun, tujuan untuk aku membasuh tali mincing telah berjaya. Ikan buruan ni dah menjadi perkara kedua dan ketiga. Yang penting kami releks.
Pada sahabat-sahabat yang baru nak berjinak-jinak untuk menjadi kaki pancing ni. Apa kata cuba ke kelong Pozi ni. Manalah tahu rezeki anda semua ada di sana.
Tapi, seronok, seronok juga. Keselamatan diri perlu dijaga. Jangan main sondol jer. Kalau tak tahu, bertanyalah dengan otai-otai yang selalu ke sana. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads