Khamis, 27 Jun 2013

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Penyanyi Aishah Bakal Bertanding PRU13 <b>Di</b> Parlimen <b>Jempol</b> |

Posted: 04 Apr 2013 04:42 AM PDT


Setiap kali tiba pilihanraya umum, saat yang dinanti-nanti sudah tentu ialah ketika penamaan calon diumumkan. Terbaru, PAS telah mengumumkan penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu iaitu Aishah sebagai calon mereka di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.
aishah calon pru13Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin merupakan calon pertama pro pembangkang daripada golongan artis yang bakal bertanding di dalam PRU13. Pengumuman ini dibuat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu, di Markas Pas di Taman Melewar. Kata Aishah kepada portal berita Antara Pos:-

Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan Pas Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)

aishah calon pru13Adakah kita akan menyaksikan lebih banyak golongan artis yang akan dinamakan sebagai calon di dalam PRU13 kali ini? Abang Nara ada kemungkinan perkara tersebut berlaku. Sama-sama kita nantikan. Info asal Utusan Malaysia.

P.S: Tips pilihanraya

Baca Yang Ini Pulak:-


Aishah sudah sedia lawan Isa <b>di Jempol</b> – Perak Today

Posted: 18 Apr 2013 09:37 AM PDT

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu, beliau memilih untuk bersama dalam dunia politik dan bersedia mengharungi apa jua keadaan.

"Kenapa saya nak undur diri, tiada sebab untuk saya tarik diri sedangkan saya baru sahaja diumumkan sebagai calon Pas di kawasan Parlimen tersebut.

"Saya sedia dari segi mental dan fizikal, malah sanggup mengharungi cabaran mendatang bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tumpas pada PRU ini, sekali gus beri kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis ceramah santai Pakatan Rakyat di Hotel Citykingdom, Taman AST, malam kelmarin.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad yang akan menentangnya pada PRU ini, Wan Aishah berpendapat bahawa perkara tersebut tidak memeranjatkannya.

Katanya, pencalonan semula Mohd Isa di Jempol adalah sesuatu yang telah diramalkan pihaknya sejak dari awal dahulu.

"Saya hanya boleh cakap kita lihat sahaja, sama ada pengundi mahukan orang yang baru atau orang lama sebagai wakil rakyat mereka.

"Apa yang penting, saya akan lakukan yang terbaik dalam memastikan Parlimen Jempol jatuh ke tangan Pas," katanya.

- SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads