Selasa, 21 Mei 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Kempen benci Melayu DAP tersebar <b>di Negeri Sembilan</b> | The <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2013 08:30 AM PDT

PRU-13: Siew Fook hina Perdana Menteri

SEREMBAN 25 April - Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook malam tadi menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak di hadapan lebih 1,000 penyokong pembangkang di Nilai dengan mengeluarkan perkataan biadap, "dia (Najib) ingat, Malaysia ini bapak dia punya".

Dengan tidak ada lagi hormat kepada pemimpin negara itu, Siew Fook benar-benar melepaskan dendam kesumatnya kepada Najib dengan membuat perbandingan antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Najib.

"Antara dua pilihan siapa yang kita mahu sebagai perdana menteri? Najib orang senang, dia punya bapa Perdana Menteri sekarang dia Perdana Penteri. Dia ingat ini Malaysia bapak dia bagi punya?.

"Kita mahu beritahu betul bapa dia bekas Perdana Menteri tapi bukan bapak dia punya. Ini 28 juta rakyat di Malaysia, milik rakyat, bukan bapak dia punya,'' katanya.

Malah tanpa ada selindung lagi, Siew Fook menghina pula, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat sebagai `lembu' kerana terlibat dalam skandal Pusat Fidlot Negara (NFC) biarpun kes berkenaan telah diselesaikan.

"Kalau kita pilih BN mereka akan berkuasa siapa pemimpin dalam BN... Ini betul lembu ini (Shahrizat). Ini menteri lembu mahu sapu semua.

"Ooo...dia sapu itu duit lembu dengan suami dia punya, syarikat sudah kena saman dan kena tuduh di mahkamah lagi mahu marah orang,'' katanya.

Ucapan kurang ajar pemimpin DAP negeri ini yang berhasrat menawan Negeri Sembilan dan berbangga dengan sokongan kaum Cina dalam kempennya itu menghina pula Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebagai `katak celaka' kerana bersifat rasis dan perkauman tetapi disokong oleh Barisan Nasional.

"Ini saya mahu cakap sikit, ini celaka Ibrahim `katak'. Ini macam punya orang sifat perkauman, tetapi dia ini disokong oleh Barisan Nasional kita mesti menolak orang seperti ini,'' ujar Siew Fook.

Ini bukan kali pertama Siew Fook menghina pemimpin BN dan perbuatan beliau malam tadi adalah kemuncak sikap kurang ajarnya.

Dalam ucapan yang sama itu juga, Siew Fook telah menggambarkan dirinya sebagai `hero' kerana membuat keputusan bertanding di kerusi Parlimen Seremban pda Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr. Yeow Chai Thiam bertindak melarikan diri ke Parlimen Rasah.

Dengan ego, Siew Fook berkata, keputusannya untuk bertanding di Parlimen Seremban itu adalah untuk meneruskan cengkaman DAP di situ, sekali gus menjadikan ia simpanan tetap pakatan pembangkang ke Putrajaya selepas PRU-13. - Utusan Malaysia

P/S Nak kritik PM atau sesiapa adalah hak demokrasi. Tapi ada caranya. Tak perlu cara kasar dan biadap melainkan untuk mencetuskan rasa benci dan bukan cuba meyakinkan pengundi Cina cara rasional. 

Nampaknya bukan saja di Johor, tapi merebak satu negara. Inilah yang berlaku sebelum Mei 13 1969. Nanti bila dia menang besar, lagi mereka tunjuk lagak besar kepala 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads