Jumaat, 17 Mei 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Strategi Promosi Kamarul Baharin MB Punca Pakatan Tewas <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 14 May 2013 12:55 AM PDT

AIDCNews – 14/05/13 – Strategi mempromosi Datuk Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen PKR Telok Kemang yang juga bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan menyebabkan PR tewas di negeri itu.

"Penolakan masyarakat terhadap Kamarul Baharin kerana prestasinya yang amat buruk di Parlimen Telok Kemang dan sikap beliau yang bongkak, angkuh dan sombong.

"Menganalisa semula keputusan PRU-13, kemerosotan undi akibat pencalonan beliau di DUN Ampangan untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, kesan kemerosotan undi jatuh lebih teruk sehingga 35%, "dedah pembaca yang dikenali sebagai 'Demi Rakyat Negeri Sembilan' (DRNS) kepada FMT.

DRNS mendakwa pada 21 Februari 2013, pemimpin PKR Negeri Sembilan ada menghantar email kepada semua pimpinan pusat PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Saleh, Saifuddin Nasution dan Dr. Abdul Rahim Ghouse tentang faktor Kamarul Baharin sebagai punca kekalahan itu.

Kamarul Baharin mengekalkan kemenangan di Parlimen Telok Kemang menewaskan calon BN, Datuk V.S. Mogan namun beliau sendiri ditewaskan calon BN, Abu Ubaidah Redza di DUN Ampangan.

Keputusan PRU 13, membuktikan Barisan Nasional (BN) berjaya kekal memerintah Negeri Sembilan dengan mendapat 22 kerusi berbanding dengan PR yang hanya mendapat 14 kerusi DUN.

Pada asalnya, kata DRNS, PR yakin menang dapat menawan Negeri Sembilan, namun apabila Anwar mempromosi Kamarul Baharin sebagai MB baru, keputusan terbalik.

Dalam PRU itu, PKR menghantar 13 calon, menang 3; DAP hantar 11 calon, menang semua dan Pas hantar 12 calon, kalah semua.

"Kalau pada PRU-12, tahun 2008, Pakatan menang 15 kerusi DUN, kini tinggal 14 kerusi DUN sahaja di Negeri Sembilan.

"DAP mencatat keputusan paling cemerlang apabila menambah dari 10 DUN (2008) kepada 11 DUN (2013). DAP menang di semua 11 DUN yang ditandingi iaitu Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Senawang, Lukut dan Repah.

"PKR pula yang menang empat DUN pada tahun 2008, hanya mampu mempertahankan tiga DUN sahaja iaitu Sikamat, Chuah dan Port Dickson. DUN Ampangan yang dimenangi pada PRU-12 kini terlepas ke tangan Barisan Nasional (BN). PKR bertanding di 13 DUN pada PRU-13.

"PAS pula kalah di semua 12 DUN yang ditandingi termasuk DUN Paroi yang merupakan satu-satunya DUN dimenangi oleh parti itu pada tahun 2008," lapor FMT.

Di peringkat parlimen pula PKR hanya berjaya mengekalkan kemenangan di Telok Kemang, namun undi yang diterima Kamarul Baharin merosot 1,225 undi jika dibandingkan dengan Pilihanraya Umum ke-12

Dua lagi calon PKR, Mohd Nazree Mohd Yunus tewas kepada Datuk Hasan Malek (BN) dengan majoriti 9,661 undi di Kuala Pilah dan Radzali A. Ghani (PKR) tewas kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan majoriti 18,357 undi di Rembau.

DAP pula mencapai keputusan cemerlang apabila menang di semua kerusi yang di pertandingkan iaitu di Parlimen Seremban dan Rasah.

Paling malang adalah Pas, selain kalah di 12 kerusi DUN yang dipertandingkan, parti itu juga kalah di semua kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Kerusi-kerusi parlimen yang dipertandingkan Pas adalah Jelebu, Jempol dan Tampin tewas kepada calon-calon BN dengan majoriti antara 7,000 hingga 11,000 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads