Ahad, 26 Mei 2013

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Kemenangan PAS <b>di Rembau</b> adalah untuk <b>...</b>

Posted: 02 May 2013 05:29 PM PDT



Rembau 2 Mei 2013 – Sambutan orang-orang kampung terhadap program anjuran Pakatan Rakyat khususnya di DUN Kota dalam siri kempen PRU-13 kali ini adalah sesuatu yang tidak pernah dijangkakan oleh sesiapa. Ini adalah kerana PAS pada awalnya tidak menjangkakan akan dapat menang di DUN Kota memandangkan , DUN Kota mempunyai lebih kurang 90 peratus pengundi Melayu dan sebelum ini calon PAS yang bertanding di sini tewas dengan majoriti yang banyak.
Manusia merancang, Allah jua merancang. Sambutan orang-orang kampung dalam program Kenduri Rakyat malam tadi adalah sesuatu yang tidak dijangkakan, memandangkan pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir bukanlah dari nama-nama terkenal seperti Anwar Ibrahim, Tok Guru Hj Hadi, Md Sabu atau Lim Kit Siang. Malahan penceramah yang hadir pun ramai petugas Pakatan Rakyat setempat pun tidak kenal sebelum ini.
Tirai kempen PRU-13 hampir dilabuhkan. Tidak semua orang-orang kampung calon PAS dan PKR serta petugas Pakatan Rakyat mampu berjumpa. Tidak semua masjid-masjid kariah di DUN Kota dan DUN Chembong ini mampu dimakmurkan sepenuhnya oleh calon dan petugas Pakatan Rakyat dalam tempoh kempen yang singkat ini.
Walau apa pun keputusan PRU-13 nanti di DUN Kota dan DUN Chembong, usaha penerangan, usaha dakwah, usaha kebajikan akan terus dilakukan, memandangkan orang-orang kampung yang ditemui termasuk dari orang-orang Umno meletakkan harapan yang besar untuk PAS dan PKR menang di Rembau, khususnya di DUN Kota dan DUN Chembong.
Telah banyak keluhan mereka sebelum ini tidak sampai ke peringkat tertinggi pimpinan negara, terutamanya masalah pampasan tanah, masalah pembangunan tanah adat, masalah perumahan untuk orang-orang kampung.
Mereka, orang-orang kampung yang selama ini , sejak sekian lama menyokong Umno, hanya dijanjikan dengan pelbagai projek yang masih lagi belum dibina seperti Hospital Rembau, UiTM Rembau, Landasan Pesawat Ringan Rembau, Hotel Antarabangsa Rembau dan sebagainya.
Sesungguhnya kemenangan PAS di DUN Kota dan di DUN Chembong, adalah untuk manafaat orang-orang kampung di kawasan ini, tidak kiralah mereka ini penyokong Umno, PAS, PKR atau atas pagar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads