05 di rembau - Google Blog Search |
Rafizi Cabar Khairy Buktikan Menang <b>Di Rembau</b> Tanpa Penipuan Posted: 20 May 2013 02:08 AM PDT PETALING JAYA, 20 MEI: Menteri Belia dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin dicabar agar membuktikan kemenangannya di parlimen Rembau dalam Pilihan Raya Umum Ke13 lalu bukan disebabkan penipuan pilihan raya. Cabaran itu dibuat berikutan kumpulan siasatan penipuan dan penyelewengan PRU-13, #siasatpru-13 yang diketuai Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli turut menerima laporan polis berhubung isu penipuan pilihan raya oleh pengundi di Parlimen Rembau. Pengundi tersebut, Mohd Khir Shaari membuat laporan di Balai Polis Rantau, Seremban pada 5 Mei apabila Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertugas di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman tidak membenarkan beliau mengundi dengan alasan sudah mengundi. "Saya juga mencabar YB Khairy Jamaluddin yang baru dilantik ke kabinet menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbang kepada kemenangan beliau," kata Rafizi. Menurut Rafizi lagi, Khairy perlu membuktikan seperti mana dakwaan dirinya sebagai seorang menteri yang moderat dan boleh menerima pandangan semua pihak termasuk sayap pemuda Pakatan Rakyat (PR). Sebelum ini PRU-13 yang berlangsung 5 Mei lalu mencipta sejarah apabila menjadi pilihan raya terkotor pernah diadakan sepanjang 13 pilihan raya. Antaranya, kewujudan pengundi hantu, warga asing diberikan kad pengenalan untuk mengundi dan penyelewengan yang dilakukan oleh segelintir kakitangan SPR. Pendapat Anda |
Siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat <b>di Rembau</b> <b>...</b> Posted: 16 Mar 2013 05:15 AM PDT REMBAU 16 MAC: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat ke Rembau, Negeri Sembilan malam ini, melalui rangkaian internet. Ceramah yang dijadual menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berlangsung di Markas KEADILAN Kampung Pedas Tengah antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam. Selain Ketua Umum KEADILAN, bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas; Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufik Abdul Ghani turut berucap. Untuk tonton, KLIK INI. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47555 |
You are subscribed to email updates from di rembau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan