Selasa, 7 Mei 2013

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


KERENGGA: Umno lawan Umno <b>di Lenggeng</b>

Posted: 03 May 2013 09:00 PM PDT

Perkara ini umumnya tidak disedari oleh pengundi di luar DUN Lenggeng. Tetapi pengundi di dalam DUN Lenggeng yang tidak ada akses kepada maklumat tepat, barangkali sudah mula pening kepala atau keliru dengan situasi yang luar biasa ini.
Jika di DUN atau Parlimen lain cabaran utama adalah di antara calon Barisan Nasional (BN) dan calon Pakatan Rakyat (Pakatan). Calon bebas sekadar memeriahkan lagi suasana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.
Bagaimanapun di DUN Lenggeng, calon Umno-BN, Datuk Ishak Ismail bukan sahaja menghadapi saingan sengit daripada calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar tetapi daripada pemimpin Umno Lenggeng sendiri.
Pemimpin Umno Lenggeng yang dimaksudkan ialah calon Bebas, Zulkifli Abdullah.
Walaupun Zulkifli Abdullah menggunakan lambang cermin mata sebagai simbol dalam kempen, banner dan kertas undi nanti, kini sudah mula mengedarkan risalah kempen beliau dengan menggunakan logo 1 Malaysia.
Dalam risalah pertama dipetik berkata:
"Pada PRU13 ini kita menyokong sepenuhnya pemerintah yang memerintah (BN), namun kita perlu melihat kesesuaian calon yang dipilih.
"Khas untuk DUN Lenggeng, kita perlu menyokong sepenuhnya dan memberi undi kepada calon bebas Zulkifli Abdullah kerana calon ini bukannya calon bebas dan serpihan PAS, PKR dan DAP. Ianya datang dari Umno kerana beliau menyelamatkan maruah Umno dan BN.
"Kita perlu calon yang selari dengan pemerintahan pusat dan boleh membawa perubahan dan pembangunan di kawasan yang kita duduki. Kita perlu menolak calon yang lama yang mana cara pemikiran dan ideologinya yang lemah.
Malah biodata beliau dalam risalah yang kedua menyatakan jawatan beliau di dalam Umno walaupun beliau telah dipecat bersama 60 lagi pemimpin dan ahli Umno dari seluruh negara yang bertanding sebagai calon bebas oleh pucuk pimpinan Umno sehari selepas penamaan calon.
Dalam biodata tesebut, penglibatan Zulkifli Abdullah dalam politik disebut: 1988: Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Daching, Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Daching dan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seremban.
Tidak jelas sama ada beliau masih memegang jawatan dalam Umno atau ianya bekas jawatan yang beliau pernah pegang.
Zulkifli Abdullah turut menyatakan penglibatan beliau dalam Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) Wilayah Persekutuan dan Jati (Jalur Tiga) Malaysia.
Namun dari 10 manifesto yang beliau senaraikan sekurang-kurangnya tiga perkara yang Zulkifli Abdullah melabelkan sebagai transformasi kesedaran sudah pasti akan menimbulkan tanda tanya dan kekeliruan di kalangan pengundi.
Tiga perkara tersebut ialah:
  • 1Malaysia – Bersama kita seia sekata. Umno Seremban mahukan perubahan corak dan gaya kepimpinan
  • 1Suara – Meremaja dan merombak Umno Seremban. Memilih barisan kepimpinan yang baru.
  • 1Undi Calon Bebas (Cermin Mata) – Penentu survival Umno Seremban. Mendapat kepimpinan baru atau di takuk lama.

Perkembangan baru ini mungkin juga satu perkembangan positif kepada calon PAS, Zulkefly Omar.
Senario ini akan menimbulkan kemungkinan undi daripada penyokong BN akan berpecah kepada dua iaitu di antara Ishak dan Zulkifli Abdullah.
Walaupun Zulkefly Omar masih berehat dan menerima rawatan di hospital, sudah tentu perbalahan Umno Lenggeng ini akan menguntungkan beliau dan beliau mempunyai potensi besar untuk memenangi kerusi DUN Lenggeng pada hari Ahad, 5 Mei ini.
Di pihak Umno pula apakah tindakan yang menanti Zulkifli Abdullah? Kalau secara teknikal beliau sudah pun dipecat dari Umno. Tetapi risalah kempen beliau jelas mengambarkan seolah-olah beliau mewakili Umno Bahagian Seremban.
Situasi ini sudah pasti memeningkan lagi kepala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berhadapan dengan PRU yang paling sengit dalam sejarah tanahair.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads