05 di jempol - Google Blog Search |
Prince Of Pilah: Isa Aishah Berkaraoke <b>Di Jempol</b> Posted: 16 Apr 2013 03:59 AM PDT Isa Aisyah Berkaraoke Di Jempol Tan Sri Isa Samad hari ini dicalonkan sebagai wakil Barisan Nasional Parlimen Jempol menghadapi PRU13.Belum pun 24jam penamaan beliau, PAS Jempol mulai berpecah melarikan diri dari dimalukan sekali lagi oleh bekas Menteri Besar tesebut. Tan Sri Isa penah bertanding di kerusi Parlimen Jempol pada 2004 dan menang dengan majoriti besar 17,080 undi. PAS Jempol kini dikhabarkan berpecah kerana Aishah yang tidak mempunyai pengalaman politik didakwa akan hanya memalukan parti itu pada PRU13 berikutan kehadirannya sebagai calon 'payung terjun' di kawasan tersebut bagi menghadapi Tan Sri Isa Samad. PAS Jempol mahukan Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa bertanding di kawasan itu, yang dikatakan lebih berpeluang untuk mengurangi majoriti kemenangan Barisan Nasional. Ramai dalam kalangan penyokong PAS Jempol kini meragui kredibiliti pemimpin mereka yang tidak sehaluan dalam memilih calon, apatah lagi mengetepikan hak dan suara akar umbi yang mahukan pemimpin tempatan dan berpengalaman beraksi di pentas PRU-13. Kawasan Parlimen Jempol adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama , kehadiran Tan Sri Isa di Jempol pada 2004 bukan saja membawa kemenangan kepada kerusi parlimen Jempol, dikerusi MIC di Jeram Padang dan kerusi MCA di Bahau turut dimenangi oleh Barisan Nasional diatas pengaruh beliau. Pada 2008, MIC kehilangan separuh dari majoriti kemenangan di kerusi DUN Jeram Padang sementara MCA kehilangan kerusi Bahau kepada calon DAP , Teo Kok Siong. Aishah dilihat sukar untuk menandingi kepimpinan calon barisan Nasional Tan Sri Isa Samad, Pengerusi FELDA, apatah lagi untuk memenangi hati penduduk Felda yang kebanyakannya merupakan penyokong kerajaan. Nampaknya Tan Sri Isa Samad harus berkaraoke bersama Aishsh di Jempol bagi membuktikan kemenangan Barisan Nasional, penyokong PAS kemungkinan tidak menerima kemenangan Barisan Nasional melalui penentuan peti undi. Tan Sri jom karaoke...opps bukan 'karaoke ais krim' Azmin Ali. Sokongan kami untuk Tan Sri Isa Samad. |
You are subscribed to email updates from di jempol - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan