Jumaat, 12 April 2013

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2013 11:33 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 11:41 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Cetusan Mukara: Analisa PRU 13 Parlimen <b>di</b> Negeri Sembilan <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 01:09 AM PST

Parlimen Rasah begitu sinonim dengan kekuatan pengaruh DAP di Negeri Sembilan selain daripada Parlimen Seremban. Kedua-dua institusi ini kebetulan berada dalam satu Daerah Seremban. Dahulu ketika era awal PRU 1959, Rasah dikenali sebagai Parlimen Seremban Barat yang terdiri daripada dun Rantau, Labu dan Rahang.
Rasah juga melalui keadaan yang sama dengan Seremban yang beberapa mengalami perubahan sempadan pilihanrayanya. Kini Rasah terdiri daripada dun Labu, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau dan Senawang.

PRU 2008 lalu menyaksikan PR melalui DAP menguasai kemenangan di Rasah dengan memenangi parlimen dan dun Mambau, Bukit Kepayang, Rahang serta Senawang. Manakala Labu dimenangi oleh Umno-BN. Sebagaimana Seremban, wakil BN iaitu MCA dan Gerakan tewas di semua tempat yang ditandingi dalam Rasah.
MCA tewas di Mambau dan Rahang manakala rakan mereka, Gerakan tewas di Bukit Kepayang dan Senawang.

Pengerusi DAP NS, Loke Siew Fook menang dengan majoriti besar iaitu 13,151 undi, peningkatan sebanyak 65.30 peratus daripada majoriti terdahulu yang dimenangi oleh calon MCA-BN, Goh Siow Huat pada PRU 2004. DAP memperolehi undi popular sebanyak 60.5 peratus. Rasah boleh dianggap sebagai manifestasi penolakan masyarakat Cina kepada pengaruh BN yang paling jelas di Negeri Sembilan. Ini kerana empat daripada lima dun dalam Rasah merupakan kawasan majoriti Cina.

Pertarungan di Rasah pada PRU 2008 merupakan pertandingan antara 'kepala' parti iaitu Pengerusi DAP NS melawan Ketua MCA Rasah-Dr Yeow Chai Thiam ( gambar kiri).

Sejarah awal pernah mencatatkan Rasah (Seremban Barat) pada PRU 1959 telah dimenangi oleh calon bebas-Quek Kai Dong yang mengalahkan calon MCA-Perikatan. Lebih manis, calon Front Sosialis menang di dun Labu, Rantau dan Rahang.

Bekas penyandang wakil rakyat Rasah dari MCA-Goh Giat Siow pada PRU 1999 dianggap sebagai 'giant-killer' kepada BN setelah menewaskan tokoh terkemuka DAP-Dr Chen Man Hin dengan majoriti 1,288 undi.

Calon

Loke Siew Fook (gambar kiri) dijangka akan dicalonkan semula sebagai calon DAP bagi Rasah. Walaupun beberapa bulan lalu, beliau pernah memaklumkan tidak akan bertanding di Lobak dan memilih untuk bertanding Chennah pada PRU-13. Atas kapisiti beliau sebagai Pengerusi DAP NS, kebarangkalian untuk menampilkan calon baru di Rasah amat rendah dan kedudukan beliau sebagai calon utama agak terjamin.

Malah Ketua MCA Rasah sendiri-Dr Yeow Chai Thiam ingin 'melarikan' diri dengan menyatakan hasrat untuk bertanding di Seremban. Sebagaimana Loke, beliau sebagai Pengerusi Perhubungan MCA NS mempunyai kapisiti untuk bertanding mana-mana parlimen dalam negeri ini. Namun begitu, hasrat Dr Yeow tidak dipersetujui oleh beberapa pemuka MCA Seremban. Hakikatnya pengaruh MCA dan Gerakan telah 'merundum' longlai di Rasah, Seremban dan Telok Kemang.

Dua nama yang telah disebut-sebut sebagai cadangan calon MCA melawan Loke adalah bekas senator, Lee Chee Keong dan Timbalan Ketua MCA Rasah, Yip Chee Kiong.

Potensi

Agak sukar buat BN samada melalui MCA atau Gerakan untuk membantu merampas kembali Rasah. Kemenangan DAP-PR di Mambau, Bukit Kepayang, Senawang dan Rahang memperlihatkan sokongan kuat lebih 70 peratus pemilih Cina dan kebetulan kempat-empat dun ini adalah kawasan majoriti Cina. Cuma Umno dilihat masih sedikit bernafas utk mempertahankan kemenangan di Labu. Andainya BN menang besar di Labu dan memanipulasi undi tentera di Rahang sekalipun, jika pemilih di Mambau, Bukit Kepayang dan Senawang memihak lebih 60 peratus kepada PR, harapan BN untuk merampas Rasah sangat tipis.

Kajian sokongan oleh BN mengklasifikasikan Rasah sebagai kubu kuat PR dan sukar untuk dimenangi. Namun sekali diingatkan kepada PR, usah terlalu selesa kerana mempertahankan kemenangan itu lebih sukar daripada bertanding untuk memenangi sesuatu kawasan.

Kepastiannya, BN bakal gagal lagi di Rasah kali ini untuk PRU-13.

WAGHIH N9 WAJIB BACO!!!! PERANGAI SEBONAR ANTHONY <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2013 05:42 PM PDT

Tunku Abdul Aziz Besar sungguh hajat Loke Siew  Fook untuk menawan Negeri Sembilan sehingga sanggup menarik pihak Istana untuk menjadi calon pada PRU13 ini dan sangggup menawarkan jawatan MB kepada pihak Istana untuk mencapai realisasi parti. 
Singapura juga pernah mengula gulakan orang Melayu dengan memberikan jawatan Presiden  yang pertama kepada Yusof bin Ishak . 
 KEMUDIAN JAWATAN INI TIDAK LAGI di isi oleh  orang MELAYU. Loke sanggup lakukan apa saja termasuk memujuk pihak istana sedangkan kita tahu DAP adalah sebuah parti yang tidak sukakan akan institusi beraja dan mereka lah yang paling hebat mengkritik dan mempertikaikan hak raja.
Agak menghairankan Loke  boleh lakukan hanya kerana mahu mendapatkan kuasa di Negeri Sembilan. Loke tahu akan kelemahan orang Melayu sememangnya taat kepada Raja . 
Mujur pihak istana menolak dan hasrat loke terkubur. jika tidak pasti akan menjadi perpecahan besar orang Melayu di Negeri Sembilan.
 Sila baca apa kata bekas Naib Pengerusi DAP Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook pernah meminta beliau memujuk anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk menjadi calon parti itu dan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 
Tunku Abdul Aziz berkata, Loke meminta beliau mengadakan satu majlis dan menjemput Tunku Zain Al-'Abidin ke majlis itu untuk menyatakan hasrat tersebut kepada baginda.
"Kerana DAP telah melihat Tunku ini seorang yang amat pintar, petah bercakap, jadi dia nak sasarlah Tunku dan suruh saya sebagai 'Tunku yang tua' barangkali boleh saya pujuk 'Tunku yang muda' ini. "Kononnya untuk bagi Tunku jadi Menteri Besar Negeri Sembilan.
 Tunku Abdul Aziz berkata beliau bagaimanapun telah menyampaikan hasrat DAP itu kepada Tunku Zain Al-'Abidin namun ditolak baginda. 
Tunku Abdul Aziz berkata Loke, yang juga Anggota Parlimen Rasah, tidak berhenti setakat itu sahaja, sebaliknya terus meminta beliau memujuk Tunku Zain. Al-'Abidin untuk bertanding mewakili DAP, dan kali ini di kerusi Parlimen serta berjanji akan menawarkan jawatan menteri Kabinet kepada baginda jika pembangkang menguasai Putrajaya.
 Bagaimanapun, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau tidak menyampaikan hasrat Loke itu kepada Tunku Zain Al-Abidin kerana berpendapat ia sesuatu yang tidak masuk akal.
 Katanya, perkara ini jelas menunjukkan DAP adalah parti yang sanggup melakukan apa sahaja bagi menguasai Putrajaya sehingga ke tahap 'memancing' anakanda pemerintah utama Negeri Sembilan untuk bertanding dalam pilihan raya mewakili parti itu. 
Dalam pada itu, Tunku Abdul Aziz menyifatkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu kalimah ALLAH digunakan dalam Bible sebagai tidak sensitif dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah 'batu api'. 
Menurutnya, agama dan politik tidak boleh dicampuradukkan kerana akan mengakibatkan bahaya yang besar, terutama dalam perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

KELAS HANAN BAKERY <b>DI RASAH</b>, SEREMBAN - "Moh maSak <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2012 11:33 PM PST

Assalamualaikum Bersyukur pada mu ya allah atas kekuatan dan semangat yg telah engkau berikan pada ku' dalam sarat2 mengandung 7bulan ni, semangat buat kelas dan order semakin membara2....seronok lepas pindah bakery baru di rasah ni, setiap mgg sibuk dengan aktiviti, jika tiada kelas, ada order, dan jika banyak order tak buat kelas..baby dlam kandungan semakin aktif dan perut semakin memboyot kehadapan...Insyallah March 2013 ..lahir la seorg putera Abdullah sani.... yg tak sabar-sabar menghitung hari adalah kakak-kakaknye.... husna, huda dan hanan' tiap2 hari melayan tendangan di perut ibu'..kekadang ada je soalan yg kelakar di tanyekan'...Ibu' baby bangun ke tdo?....hari ni dia dah tendang ke belum.... Jarak umur baby dengan hanan ...7tahun'....mungkin bila dah lama tak ada adik yg kecil...masing2 rasa seronok dan semuanya baik hati membantu ibu di dapur' alhamdulilah' Lambat saya update blog bulan dec ni, sbb sibuk dengan kelas dan order' tp hari ni ada kelapangan di bakery' sy nk upload beberapa gambar kelas dan tempahan beberapa gambar tak dapat di upload....sbb blurrrr..nnti sy cuba lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads