Isnin, 1 April 2013

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


ALFATIHAH! HELIKOPTER TERHEMPAS SEBABKAN KEMATIAN <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2013 06:23 PM PDT


Gimik Pelancaran Padang Sintetik yang dianjurkan di Kompleks Belia Paroi dengan menggunakan Helikoper Kawalan Jauh berakhir dengan tragedi apabila helikopter yang dikawal menjunam dan terkena beberapa penonton yang sedang berada di situ. Ia mengakibatkan 2 orang tercedera dan seorang kanak-kanak dalam lingkungan 2-3 tahun meninggal dunia.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 malam itu, budak berkenaan dikatakan sedang tidur.
Kemalangan dipercayai berpunca daripada helikopter kawalan jauh itu gagal dikawal selepas terlanggar benang yang ada di situ. Walaubagaimanapun siasatan sedang dijalankan dan YAB Menteri Besar yang dijemput hadir dalam majlis berkenaan merasa kesal perkara seumpama itu terjadi dan mengarahkan siasatan teknikal dijalankan agar perkara seumpama itu tidak berlaku lagi. YAB Menteri Besar Negeri Sembilan bergegas berlari mendapatkan budak itu sejurus selepas helikopter kawalan jauh itu terhempas. 
Beliau yang ditemui di Hospital Tuanku Jaafar juga menyatakan akan memberikan bantuan dan sumbangan yang sepatutnya kepada ahli keluarga mangsa. "Perkara ini amat mengejutkan dan ia satu kemalangan yang tidak disengajakan", ujar seorang saksi. Persembahan nyanyian dibatalkan serta merta selepas kejadian itu. 
Kemungkinan ada unsur sabotaj juga tidak dapat ditolak. Siasatan menyeluruh perlu dijalankan. Apa-apa pun rakyat yang menyaksikan perkara itu amat bersimpati dengan keluarga mangsa. Al Fatihah 3x.... 

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads