05 di lukut - Google Blog Search |
banyak strike kosong <b>di</b> kelong pozi <b>lukut</b> - cerita pakej jenahak <b>...</b> Posted: 31 Mar 2013 03:15 AM PDT Sebenarnya group ni tidak masuk melalui pakej, tetapi oleh kerana ada kenalan yang minta tolong maka aku pun sudi2kan diri memandangkan aku pun masih dalam cuti sekolah. Salah satu yang aku kenal ialah Nafis. Mereka yang semuanya dari Alor Gajah Melaka. Ada yang pernah menaiki kelong melalui pakej aku. Apabila berada di atas kelong, semua pemancing hanya berminat menggunakan umpan udang hidup seekor dan tamban hidup sahaja. Memang besar hajat dia orang ni kerana tak ada sorang pun yang sudi melayan anak2 bebolos, semuanya na mancing ikan2 besar sahaja. Air mula pasang pukul 2 petang. Dalam pukul 5 petang aku meminta semua pemancing menggunakan umpan udang hidup memandangkan air sudah pasang separuh. Aku target daun baru dan ebek sudi menjamah umpan memandangkan arus sudah semakin besar dan laju. Tetiba joran aku yang mengena dan seekor susu melambung menampakkan diri tetapi sayang rabut. Tidak lama kemudian, joran Nafis pula mengena dan seekor daun baru bersaiz hampir sekilo dinaikan. Dalam masa yang tedekat 2 joran lagi melengkung di sentap tetapi kosong sahaja kerana rabut lagi. Berdasarkan cara sentapan, aku mengagak ebek yang meragut umpan. Pada malam tu, pemancing menggunakan umpan ikan tamban hidup tetapi hampa sahaja kerana tiada sentapan langsung. Aku yang keletihan tidur awal. Keesokan pagi awal2 lagi aku meminta semua pemancing menggunakan umpan udang hidup. Ada 3 kali strike ikan susu tetapi semuanya kosong kerana rabut lagi. Ikan susu hanya menampakan diri apabila melambungkan badan apabila terkena mata kail tetapi semuanya rabut selepas melompat beberapa kali. Dalam duduk membangau, tetiba salah satu joran aku melengkung dan tali utama keluar laju. Aku terus bergegas menyentak joran. Walaubagaimanapun, perlawanan aku tidak lama apabila tali perambut putus dikerjakan baracuda. Apa nasib kami semua pada hari ini memandangkan banyak sentapan yang rabut sahaja. Dalam diam2 salah seorang pemancing menaikan sekor tetanda berumpankan udang hidup. Oleh kerana tiada sentapan, kebanyakan pemancing menghabiskan masa melayan apolo anak2 tamban yang banyak. |
You are subscribed to email updates from di lukut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan