Selasa, 23 April 2013

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


Warigh N9: HANGAAAT!!! PAS &#39;Punah&#39; <b>di</b> DUN <b>Lenggeng</b>.

Posted: 20 Apr 2013 02:30 PM PDT

PAS menerima tamparan awal pada hari pertama kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila ceramah calonnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zulkefly Mohammad Omar sepi dengan hanya dihadiri 10 orang penyokong di Kampung Pantai dekat sini malam tadi.

Walaupun bercakap soal janji, habuan dan kebaikan menyokong pembangkang, khususnya PAS, Zulkefly nyata gagal menarik perhatian orang ramai untuk hadir ke ceramah yang dibuat di bawah sebuah khemah itu.

Tambahan pula, kemampuan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ishak Ismail yang turut mengadakan ceramah pada jarak 50 meter itu, lebih menggamit penyokong untuk hadir mendengarnya.

Lebih menyedihkan ceramah bermula pukul 10 malam di kem PAS itu, tidak kedengaran laungan "takbir" seperti selalu, malah wajah penyokong yang mendengarnya juga kelihatan mengantuk.

Zulkefly dalam ceramahnya yang hambar itu, menggunakan kesempatan untuk memburuk-buruk Barisan Nasional (BN) khususnya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya gagal menguruskan negara.

Malangnya dia tidak pula memberitahu betapa gagalnya diri sendiri kerana tidak mampu mentadbir kem ceramahnya sehingga yang datang pada majlis itu hanya 10 orang sahaja.

Sumber© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads