Sejak menjak ni asyik bercerita pasal makan jer. Siap dah buat kategori khas untuk makan. Hehe. Saya sebenarnya nak berkongsi mengenai tempat-tempat makan menarik yang telah disinggah. Didapati menulis tentang makan-makan ni lebih senang dan dapat kepuasan kat blog ni. Mungkin boleh kenyang kot.
Kali ini nak cerita sikit pasal menu Roti Telur Kentang. Menu ni takat buat kat rumah pun boleh. Tapi kalau malas sangat, anda boleh lah singgah di Gerai Roti Telur Kentang yang terletak di Benteng, Ampangan. Kalau dah sampai Ampangan tu, kalau perasan gerai makan banyak-banyak tu, itulah yang dinamakan Benteng. Kenapa Benteng? dulu ada dengar cerita tapi dah tak ingat.
Gerai Roti Telur Kentang ni sebenarnya agak terkenal. Gerai simple jer, tapi menu boleh tahan. Kalau hari minggu, tempat duduk pun susah nak dapat. Di buka bermula petang hingga lah ke tengah malam, tak silap saya, pukul 1 pagi pun saya pernah ke sana. Di gerai ini anda boleh custom set makanan anda. Itulah yang istimewanya.
Sebagai contoh, anda memesan Roti Telur Kentang, anda juga boleh menambah nugget, burger, atau daging burger sahaja. Itu sebagai contoh, jika anda tidak mahu Roti Telur anda boleh memesan lain-lain kombinasi. Saya biasanya memesan Roti Telur Kentang bersama nugget, nugget yang diberikan adalah sebanyak 4 keping(ke biji?). Nak cakap tentang rasa, roti telurnya memang best, kentang adalah kentang potongan Crinkle. Nugget tak pasti jenama apa, tapi dari segi rasa pasti tidak mengecewakan. Anda dihidangkan bersama-sama sos dan juga mayonis.
Tetapi gerai ini bukan lah gerai menyediakan makanan Western. Jika anda nak makan Chicken Chop, Lamb Chop atau sebagainya, gerai ini bukan gerai yang tepat. Saya rasa gerai ini menyasarkan makanan yang ringkas dan mudah seperti saya dinyatakan di atas. Jika anda nak singgah, bolehlah merujuk koordinat di bawah. Selamat mencuba.
Gerai No. 45 Roti Telur Kentang, Benteng Ampangan
Koordinat: 2.724087,101.961804
Untuk makluman medan selera dimana terletak gerai Roti Telur Kentang ini telah berpindah ke tapak sementara berikutan proses menaiktaraf medan selera yang lama. Tapak sementara tersebut hanya jarak beberapa meter dari medan selera asal. Terdapat tanda arah di situ untuk panduan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan