Rabu, 27 Mac 2013

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Nelayan <b>Teluk Kemang di</b> serang todak | Bicara Santai

Posted: 23 Feb 2013 04:02 PM PST

Masih ingatkah kita kepada kisah Hang Nadim dan Temasik diserang todak? Nampaknya ikan todak ini masih berdendam hingga kini. Dulu mereka menyerang Singapura tapi tertewas kerana kebijaksanaan Hang Nadim yang ketika itu masih seorang budak.

Terbaru, ikan todak dilaporkan telah menyerang seorang nelayan di Teluk Kemang, sebuah pantai yang popular di Port Dickson.


Replika Ikan Todak

Menurut mangsa "Tiba-tiba saya nampak kelibat ikan todak 'terbang' dan terus menusuk perut sebelah kiri dan hampir mengenai pusat. Saya rasa macam kena tumbuk dan terkejut dengan kejadian yang berlaku begitu pantas.

"Ikan todak lebih satu meter itu kemudian melompat ke laut. Saya ketika itu memakai dua lapis baju belum berasa sakit, sebelum darah mengalir membasahi baju dipakai" tambahnya lagi.

"Mungkin ikan todak ini dendam dengan saya kerana bapa tiri saya pun orang panggil 'Hashim Todak' kerana zaman mudanya suka memburu ikan todak untuk dimakan setiap kali turun ke laut," kata nelayan Telok Kemang, Abu Bakar Bachik, 57, yang cedera ditusuk ikan todak di bahagian perut ketika menjaring ikan berhampiran sebuah resort di Batu 7 di sini, awal pagi Isnin lalu. (HMetro.com)


Inilah kesan ditusuk todak pada perut Abu Bakar Bachik

Begitulah nasih seorang nelayan, demi mencari rezeki yang halal, mereka sanggup mengharungi badai dilautan termasuk risiko diserang todak dan lanun.

Kerana usaha mereka kita di daratan dapat makan ikan. Jadi janganlah berkira sangat bila nak beli ikan dari mereka ye. Yang jadi masalah ialah sikap orang tengah yang menyebabkan harga ikan melambung tinggi…kesian pak nelayan. Kepada pihak berwajib, keluarkanlah idea yang inovatif bagi menyelesaikan masalah ini dan pada masa sama nasib nelayan menjadi lebih terbela.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Informasi

Jalan-jalan <b>di Teluk Kemang</b> dan Port Dickson - JumieSamsudin.Com

Posted: 25 Jan 2013 04:00 PM PST

Hello u olls,

Tempoh hari sebelum we olls pulang ke Tangkak,  Johor akak dan En.  Khafi singgah di Port Dickson.  Rancang nak datang dua hari awal,  boleh mandi mandi laut dan makan seafood apa bagai.  Tapi kisahnya akak demam tak berbau.  OHHHH tak pasal-pasal a night before bertolak ke PD akak demam panas teruk.  So kami terpaksa tangguhkan satu hari perjalanan kami.

Tiba di Port Diskson,  kami terus ke rumah adik lelaki En.  Khafi dan isterinya yang terletak di Lukud.  Adik En.  Khafi kerja sebagai polis bantuan kat ladang kelapa sawit Sime Darby.  Sooooooooooooooo amatlah dekat u olls.

Ini adalah beberapa keping gambar yang akak ambil ketika berjalan-jalanrinda di PD.  Insya Allah,  lepas ni ada rezeki we olls nak datang lagi.  Ada banyak tempat-tempat menarik kat PD and buat macam-macam aktiviti lain.  Boleh baca kat sini  :  Tempat-Tempat Menarik di Port Dickson.   Sebab kali ni,  akak demam........

Tapi...tengoklah gambar-gambar akak...WALAUPUN!!

Pantai menuju ke Jeti Pulau Cahaya.

Jeti ke Pulau Cahaya dari tepi.
Insyallah,  akak akan datang lagi!

: : : FIDA AND FAMILY : : :: Berkelah <b>di Teluk Kemang</b>, Port Dickson

Posted: 12 Feb 2013 02:52 AM PST

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,
Pagi tadi kami 4 beradik pergi berkelah di Teluk Kemang. We all sampai dalam pukul 1030 pagi...ingatkan masih awal....bila sampai je...dah ramai orang..nak cari parking pun susah. 
Teluk Kemang ni kalau hujung minggu dan cuti2 macam ni memang la menjadi tumpuan. Macam-macam aktiviti untuk kanak-kanak ada kat sini...boleh naik kuda...naik kereta kuda dan berbasikal..siap duit je..hihihi
Budak2 la seronok. Sanggup tak makan nak main dulu... :) 

Dah jemu main pasir...masing2 sibuk nak naik banana boat. Berani betul budak2 ni. Ai pun takut...hihihi
Suka dorang bila dapat naik banana boat...semangat nih...tak padan dengan kechik...berani sungguh

Ready to go....jantung ai dup dap dup dap tengok Alin....risau uols. Tengok la dorang senyum je.
Alhamdulillah selamat sampai...nak naik lagi tu...dorang ingat murahhhhh....RM15 seorang uols...tu pun dah diskaun sebab budak. Sesekali boleh la kan... :) 
PPsstt...esok dah keja... :( 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads