Sabtu, 23 Mac 2013

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


JARINGAN sulung Nor Fazly selamatkan ATM <b>di Paroi</b> | Pasukan <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2013 10:48 PM PST

JARINGAN minit terakhir Nor Fazly Alias menyelamatkan satu mata buat Angkatan Tentera Malaysia yang bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Negeri Sembilan 1-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Nor Fazly yang tampil dalam kesebelasan utama berikutan ketiadaan bek kiri, Fitri Omar yang masih belum pulih daripada masalah ligamen kanan koyak, menanduk gol pertamanya musim ini menerusi sepakan percuma Irwan Fadzli Idrus ketika tuan rumah , Negeri Sembilan mengancam untuk meraih kemenangan pertama mereka musim ini.

ATM yang diletakkan sebagai pelawat pada perlawanan yang dilangsungkan di gelanggang yang dikongsi bersama, seharusnya mencuri kesemua tiga mata namun pengadil, Samsudin Ibrahim membatalkan jaringan Marlon Alex James kerana 'handball'.

Memburu kemenangan yang akan melonjakkan mereka ke persada liga, ATM beraksi hambar selepas berehat hampir sebulan apabila gagal menjelmakan sebarang percubaan bermakna pada babak pertama.

Tidak hairan, Negeri Sembilan yang mahu mengikut jejak langkah Terengganu yang meraih kejayaan sulung ke atas Perak kelmarin, tampil dengan permainan lebih agresif dan hasilnya mendahului menerusi penyudah cantik Mohd Firdaus Azizul pada minit ke-34.

Kemasukan Mohd Fainizam Nordin mengambil alih slot Sarjan Venice Elphi Danny Kaya di sayap kiri dan Amiridzwan Taj Tajuddin menggantikan Rezal Zambery Yahya membolehkan Shukor Adan mengambil alih peranan sebagai jeneral di bahagian tengah.

Dan hasilnya, ATM mencipta lebih banyak peluang di babak kedua dengan tandukan Marlon ditepis ke palang oleh penjaga gol, Hamsani Ahmad dengan susulan A Varathan yang masuk menggantikan Fainizam selang beberapa minit, turut dinafikan Hamsani pada minit ke-75.

Pengendali, B Sathianathan jelas berang dengan persembahan lesu anak buahnya ketika hadir pada sesi sidang akhbar sejurus perlawanan berakhir

"Kami tidak bermain dengan baik. Pada separuh masa pertama, pemain beraksi kelam kabut. Pada babak kedua kami  beraksi dengan lebih baik.

"Pujian seharusnya diberikan kepada NS, mereka menjadikan keadaan sukar buat kami.  Mereka menjejaskan rentak permainan kami apabila kerap merebahkan badan ketika berlaku kekasaran.

"Mereka seharusnya memberhentikan tindakan sedemikian," katanya.

Sathia juga enggan menyalahkan pengadil, Samsudin dan penjaga garisan, M Sivanesan atas kegagalan ATM mengutip mata penuh dengan menyifatkannya sebagai lumrah permainan bola sepak.

"Saya bertanyakan kepada pegawai perlawanan, kali pertama dia berkata dia membatalkan gol itu kerana 'handball' lepas tu dia berkata jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.

Penjaring ATM dalam Liga Super

Marlon Alex James – 5

Shukor Adan – 2

Rezal Zambery Yahya – 1

Amiridzwan Taj – 1

Irwan Fadzli Idrus – 1

Nor Fazly Alias – 1

br1m + winnable candidate umno <b>di</b> dun <b>paroi</b>, sikamat

Posted: 06 Feb 2013 08:47 PM PST

Salam Maulidur Rasul kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Alhamdulillah JS telah berpeluang bersama-sama dengan masyarakat Islam di Negeri Sembilan berhimpun di Majlis Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini di Padang MPS Seremban. Amat bermakna sekali kepada JS hadir bersama tanpa diarah oleh mana-mana badan politik dan Ngo's menyertai perarakan pada hari tersebut. Ucapan daripada YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan bertepatan dengan tema yang dijadikan sebagai pegangan umat Islam di Negara ini.
Bermula 1 Februari 2013 kerajaan Negeri Sembilan telah mula mengagihkan bantuan BR1M kepada semua penerima fasa pertama. Difahamkan lebih daripada 60 ribu penerima pertama  di Daerah Seremban  sahaja telah mula menerima bantuan tersebut.
Keceriaan di wajah penerima bantuan RM500 itu jelas sekali apabila JS hadir sendiri meninjau bersama rakan-rakan di majlis penyampaian yang dibuat di DUN Senawang, Ampangan dan Sikamat. Walaupun JS bukan diantara penerima bantuan tersebut namum kesyukuran turut JS lafazkan dihati kerana kesudian YAB Perdana Menteri menyediakan lebih daripada 3 billion ringgit untuk disampaikan kepada penerima yang layak samada mereka yang telah menerimanya pada tahun lalu atau  penerima yang baru.
Penerima-penerima bantuan BR1M 2.0 di kawasan yang tidak mempunyai ADUN daripada BN telah menerima baucer  daripada pengerusi-pengerusi BN parlimen tersebut.  Pada tahun lepas kerajaan telah menetapkan supaya YB Kawasan dan juga " ADUN bapa angkat" DUN terbabit mewakili pihak kerajaan tetapi atas dasar menjaga hati puak-puak tertentu maka kerajaan melonggarkannya kepada mereka yang berkenaan untuk menyampaikannya pada tahun ini. Kerajaan tidak mahu timbulnya masalah dalaman seperti pada tahun 2012 ada di kalangan mereka memaki hamun Pegawai Daerah kerana tidak dijemput ke majlis penyampaian serta tidak diberi peluang untuk menyampaikannya. Maklumlah di kalangan mereka ini ingin menonjolkan diri calon dalam PRU ke 13 nanti. Bagi kerajaan tiada masalah asalkan jangan dalam ucapan boleh merosakkan harapan penerima tersebut dengan unsur-unsur yang sentiment-sentiment yang menghancurkan perpaduan kaum di negeri ini.
Biarlah mereka yang menyampaikan itu menjadi hero film tamil asalkan mereka puas. Rakyat sendiri pun boleh menilai mereka ini kerana semasa mereka menjadi ADUN dulu tidak pernah turun padang berjumpa rakyat. Ada di kalangan mereka sibuk dengan main golf, mengumpul harta dan memperkukuhkan politik mereka. Baru sekarang terhegeh-hegeh turun untuk berjumpa rakyat. Jika tiada program BR1M belum tentu untuk mereka hadir dalam majlis rakyat.  
Maka ternampaklah oleh JS beberapa ramai yang mengidamkan menjadi calon PRU 13 di DUN Paroi, Sikamat , Ampangan dan Lenggeng bersungguh-sungguh bersalaman dengan masyarakat yang hadir. Tersenyum seolah-olah terpaksa (bukan ikhlas). Tertonggeng-tonggeng bersalam dengan orang kelainan upaya dan warga emas. JS pun senyum menonton telah bekas-bekas ADUN ini dan calon-calon tepi longkang yang beria-ia menonjolkan diri.
Menyentuh soal calon , ada rakan berbisik semasa di Senawang beberapa nama di kemukakan oleh pihak tertentu termasuk senarai daripada YAB Menteri Besar sebagai Ketua UMNO Bahagian Rembau untuk DUN Paroi. Memang mereka layak dari segi jawatan politik UMNO. Tetapi bolehkah mereka menang di Paroi. Seperti yang pernah JS sebutkan diartikel terdahulu, andainya sekadar SPM janganlah diketengahkan di DUN Paroi yang diketahui ramai lebih daripada 50 peratus adalah pengundi muda dan wanita. Maka siapa yang boleh menumbangkan PAS? JS mendapatkan reaksi daripada kalangan golongan muda , pemimpin KRT dan UMNO sendiri, sekiranya di letakkan Timbalan Mufti Negeri Sembilan iaitu Ustaz Norazamir, kemenangan kepada BN adalah dalam genggaman. Beliau terkenal di kalangan masyarakat Negeri Sembilan. Kerap turun menyampaikan ceramah di masjid dan surau serata Negeri Sembilan. YB Taufik akan tersungkur sebelum berjuang dan mungkin akan mencari kawasan lain untuk menang. Tetapi di Negeri Sembilan PAS akan terkubur.
Bagaimana pula di Ampangan??????? Terlalu ramai yang berminat. Semasa penyampaian BR1M di Dusun Nyior baru-baru ini, Dato Zakaria Nordin tersenyum-senyum sumbing kepada masyarakat penerima BR1M. Dulu dia digugurkan kerana menjadi gunting dalam lipatan kepimpinan Tok Mat. Apa saja yang dibincangkan dalam mesyuarat EXCO akan disampaikan kepada Ketua UMNO Bahagian Seremban supaya MB dibelasah dalam majlis-majlis politik Seremban. Sekarang menjadi kuda tunggangan UMNO Bahagian Seremban untuk mendapat tempat pula.
Calon lain yang dikategorikan winnable candidate di Ampangan yang diperbincangkan oleh golongan bwahan di sana ialah Tuan Hj Abu Ubaidah iaitu Nazir Masjid Dato Klana Sendeng. Ramai yang menyokong tetapi bagaimana dengan Wan Salwati Abdullah , Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban yang sendiri turun padang melakukan kerja-kerja politik dan amal????? Yang lain langsung tidak disebut-sebut oleh masyarakat setempat. Pemimpin UMNO di sana seperti Ishak Malek, Sarimah, Rafik dan lain-lain memang calon boleh kalah. Nak letakkan semula Dato Zakaria Nordin, ramai yang tidak berminat.
Di Sikamat , Dato' Ishak Ismail mengidamkan kawasan tersebut. Dengan keadaan dia sekarang dan kes hutang dengan Dato' Misran yang belum selesai dia bercita-cita lagi untuk menjadi YB dan jika dapat maka mudah untuk dia mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban dan membelasah MB. Pada hemat JS Dato Ishak tidak perlu lagi berada dalam persada politik Negeri Sembilan. Selaku bekas ADUN Lenggeng yang menang Ketua UMNO Bahagian dengan taktik kotor dia, sudah sampai masanya  untuk duduk di rumah melayan cucu. Cukuplah merosakkan politik Negeri Sembilan. Lebih baik beri ruang kepada MB melaksanakan tugas dia yang ternyata disenangi rakyat di Negeri Sembilan ini.
Selain daripada itu Shahrul Ehsan (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban) Saudara Rosli (Setiausaha UMNO Bahagian), dan beberapa nama lain juga disebut-sebut. Pandangan JS semua di atas boleh dicalonkan untuk BN kalah di Sikamat jika tidak cari calon lain yang lebih berkarisma.
Bagaimana pula  di Lenggeng. Ini satu lagi kawasan idaman semua. PAS juga teruja nak menawan Lenggeng bersandarkan masalah ADUN Lenggeng iaitu Mustafa Salim yang ada kes di mahkamah. PAS meletakkan MK Ibrahim dan calon lama iaitu Zulkifly Omar juga sangat berminat untuk bertanding semula. Rakan-rakan mengatakan di Lenggeng banyak billboard dinaikkan berkaitan dengan janji-janji PAS. Tapi orang Lenggeng pun sudah meluat dengan pemimpin PAS. Ada calon baru dikemukan iaitu Cikgu Anuar Maarof. Ini calon sampah yang tiada kualiti. Umur pun sudah lanjut eloklah jaga bini dirumah.
Bagi UMNO mereka mengemukakan ramai calon di kalangan pemimpin UMNO setempat. Dulu dalam tahun 2004 pernah seorang calon muda dari UMNO di kemukakan untuk mengambil alih tempat Dato Ishak. Mereka memaklumkan nama calon tersebut iaitu Hj Zulkifli Abdullah. Tetapi Dato' Ishak telah mengadap Dato Seri Najib ketika itu Timbalan PM untuk menymbung nyawa dia di Lenggeng. Maka tersingkirlah Hj Zulkifly dari senarai calon. 2008 nama Mustafa Salim juga tidak disenaraikan oleh Ketua UMNO Bahagian Seremban sebagai calon. Tetapi orang Lenggeng mahukan anak jati Lenggeng sebagai calon dan beliau menang walaupun menghadapi sabotaj daripada UMO Bahagian Seremban.
Sekarang di Lenggeng menurut sumber yang dipercayai ramai yang berangan-angan untuk jawatan YB. Shukur Othman, Hismayati Hashim, Sidek Othman, Mazlan Maarof, Baharom Idris , Hjh Samsiah Samsudin dan termasuk juga Ghani Daud. Mereka ini adalah barisan kepimpinan UMNO Bahagian Seremban yang pada pandangan JS tiada value dalam kepimpinan. Bersandarkan kepada pandangan awam, ramai yang menyenangi YB Mustafa Salim sebagai ADUN Lenggeng. Mereka masih menerima kehadiran pemimpin yang menjadi mangsa politik ini dan tahu apa yang berlaku kepada beliau adalah angkara poltik UMNO Bahagian Seremban.
Walaubagaimana pun terdapat nama yang agak di luar kotak pemikiran ramai calon yang boleh menang di Lenggeng sekiranya bukan Mustafa Salim. Dari laoran JASA, MIO, SB dan agensi lain calon yang dikemukan bersesuaian di Lenggeng. Beliau ialah Saudara Shamsul Amri Ismail yang merupa bekas juara debat UMNO. Orang muda yang mempunyai lulusan undang-undang dan bertugas di MPN ini boleh dikategori calon menang di DUN Lenggeng. Maka pada pandangan JS MB elok memikirkan golongan muda seumpama ini juga. Jangan terikut-ikut dengan UMNO Bahagian Seremban. Sekian.

alfatihah! helikopter terhempas sebabkan kematian <b>...</b> - My Home Soil

Posted: 20 Mar 2013 05:00 PM PDT


20 Mac 2013 , Gimik Pelancaran Padang Sintetik yang dianjurkan di Kompleks Belia Paroi dengan menggunakan Helikoper Kawalan Jauh berakhir dengan tragedi apabila helikopter yang dikawal menjunam dan terkena beberapa penonton yang sedang berada di situ. Ia mengakibatkan 2 orang tercedera dan seorang kanak-kanak dalam lingkungan 2-3 tahun meninggal dunia.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 malam itu, budak berkenaan dikatakan sedang tidur.
Kemalangan dipercayai berpunca daripada helikopter kawalan jauh itu gagal dikawal selepas terlanggar benang yang ada di situ. Walaubagaimanapun siasatan sedang dijalankan dan YAB Menteri Besar yang dijemput hadir dalam majlis berkenaan merasa kesal perkara seumpama itu terjadi dan mengarahkan siasatan teknikal dijalankan agar perkara seumpama itu tidak berlaku lagi. YAB Menteri Besar Negeri Sembilan bergegas berlari mendapatkan budak itu sejurus selepas helikopter kawalan jauh itu terhempas. 
Beliau yang ditemui di Hospital Tuanku Jaafar juga menyatakan akan memberikan bantuan dan sumbangan yang sepatutnya kepada ahli keluarga mangsa. "Perkara ini amat mengejutkan dan ia satu kemalangan yang tidak disengajakan", ujar seorang saksi. Persembahan nyanyian dibatalkan serta merta selepas kejadian itu. 

Kemungkinan ada unsur sabotaj juga tidak dapat ditolak. Siasatan menyeluruh perlu dijalankan. Apa-apa pun rakyat yang menyaksikan perkara itu amat bersimpati dengan keluarga mangsa. Al Fatihah 3x.... 

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads