Jumaat, 1 Mac 2013

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


CaRa-CaRa CaRi APA?: Kota Bukit Supai Kuala <b>Linggi</b> Melaka

Posted: 11 Feb 2013 03:50 PM PST



Assalammualaikum dan selawat ke atas
Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم,



Entri untuk kali ini ialah mengenai Kota Bukit Supai, Kuala Linggi, Melaka. Kota Bukit Supai terletak di Muara Sungai Linggi dan lokasinya adalah di sempadan Daerah Masjid Tanah di Melaka dan Linggi di Negeri Sembilan. Dahulunya sebelum ada jambatan yang di bina menyeberangi Sungai Linggi, kawasan ini hanya  boleh dikunjungi dari jalan sebelah Melaka sahaja. Setelah jambatan dibuka pada tahun 1995, maka kawasan ini menjadi "hidup" kerana telah berhubunglah antara dua negeri.

Menurut yang empunya cerita,  Kota Bukit Supai ini, dibuka oleh Belanda dan Bugis, setelah berlaku peperangan pendek tahun 1757. Kedua belah pihak bersetuju untuk membina kota ini sebagai cara untuk berdamai. Pada masa itu Kota ini menandakan titik paling utara dalam jajahan Belanda. Kota ini juga membolehkan Belanda untuk memantau dan mengawal pergerakan kapal dari Sungai Linggi dan bahagian Selat Melaka yang berada disini. Secara kotornya, Belanda ingin mengambil cukai bagi kapal-kapal timah dari Sungai Linggi dan Sungai Rembau yang boleh dipintas walaupun Rembau itu dibawah kerajaan Negeri Sembilan. Kota ini dijaga oleh askar-askar upahan berkemungkinan "sepoys" dari India dan disokong oleh beberapa orang askar Belanda. Nama Bukit Supai mungkin diambil dari perkatan "sepoys' tadi.

Namun begitu, perjanjian persefahaman antara Belanda dan Bugis tidak kekal lama. Akhirnya Belanda meninggalkan kota ini tidak lama selepas kota ini disiapkan. Antara nama lain kota ini ialah "Dutch Fort", "Broken Cannon Fort" dan "Filipina Fort (diberi nama sempena anak perempuan jacob Mosel  Governor General Dutch East India Company)" 



Hari ini, disepanjang pantai berhampiran Kota Supai ini terdapat banyak chalet-chalet yang boleh disewa.  Pantainya  juga cantik dan boleh untuk bermandi manda. 

Anda boleh ke berehat-rehat di pantai berhampiran dan kemudian melawat tapak bersejarah ini.





Bagi anda yang ingin berkunjung kesini, anda boleh melalui Lebuhraya Utara Selatan exit Port Dickson menuju ke Melaka. Anda akan melalui kawasan-kawasan  berikut :- Port Dickson-Kampung Sungala, Kampung Teluk Kemamng, Si Rusa, Kampung Tanjung Pelandok, Pasir Panjang, Kampung Batu Tembok, Kampung Tanjung Agas, Jambatan Sungai Linggi,Kampung Kuala Linggi.

Manakala, kalau dari Lebuharaya Utara Selatan exit Alor Gajah pula anda akan melalui :- Alor Gajah, Masjid Tanah, Kuala Sungai Baru, Kuala Linggi.

Anda juga boleh melau Lebuhraya Utara Selatan exit Air Keroh-Sungai Udang, Kuala Sungai Baru, Kuala Linggi.

Semoga anda dapat menikmati sejarah Malaysia yang mungkin anda tidak ketahui,


Salam ketemu lagi.

Assalammualaikum dan selawat ke atas
Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم,






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads