05 di teluk kemang - Google Blog Search |
kebersihan kedai makan <b>di</b> sekitar <b>Teluk Kemang</b> <b>...</b> - kisah kehidupan Posted: 10 Jan 2013 08:36 AM PST 24/12/2012 Kebersihan kedai makan di sekitar Teluk Kemang, Pantai Peranginan Port Dicksons, N. Sembilan. Hari pertama Kami sekeluarga sebenarnya dalam perjalan menuju ke sebuah pusat peranginan di kaki bukit Rechardo, Tanjung Tuan, Port Dickson bagi tujuan bercuti hujung tahun. Sebelum sampai resort itu kami sekeluarga singgah untuk mengisi perut, makan tengahari di sekitar jam 1.30ptg, di satu kedai makan bersebelahan Petronas (bukan gerai yang baru dibina 5-6 tahun lepas), kedai ini mempunyai berbagai jenis kaunter menjual makanan seperti nasi campur, berbagai jenis nasi ayam, berjenis minuman dan di waktu malam menjual masakan tom yam dan ikan bakar. Di sebelah kedai makanan ini ada sebuah kedai menjual pakaian terbakai 'bundle' dan dipercayai kedai bundle terbesar di daerah ini. Manakala di hadapan kedai makanan ini, terdapat beberapa gerai seperti gerai menjual goreng pisang dan juga nasi ayam. Bagi anda yang sudah biasa dengan tempat ini sudah pasti boleh agak kedai makanan manakah yang penulis maksudkan ini. Kalau tidak silap nama kedai ialah "Kedai Saujana" (jual nasi ayam, nasi lauk kampung, nasi gunting, sup) Apa yang penulis ingin sentuh ialah tentang kebersihan tandas di kedai makan ini. Penulis bertanya kepada tauke kedai (pemilik Melayu) di mana tandas, lalu diberitahu bahawa tandas telah lama rosak kecuali boleh digunakan untuk membuang air kecil sahaja. Begitulah cetusan hati penulis bila mendapati mangkuk jamban jenis cangkung itu telah tersumbat dan mendapati najis berukuran sebesar lengan kanak kanak melingkar banyak dalam mangkuk jamban, berukuran sangat besar, mungkin dek kerana terendam dalam air yang tersumbat itu. Amat memual dan meloyakan situasi seperti ini. Ya Tuhan, kembang tengkuk dan tekak penulis.Hajat hendak buang air kecil terbantut kerana melihat najis yang berkembangan itu. Penulis segera kembali ke meja makan dengan hasrat untuk mengajak keluarga keluar dari kedai makan itu. Apa yang penulis perhatikan di kedai makan itu ialah: 1. Cantik dan menarik di bahagian hadapan tapi sangat kotor tandas dan ruang menyediakan makanan dan air. 2. Sikap peniaga yang hanya penting keuntungan namun tidak berminat mencantikan bahagian belakang, tandas dan kebersihan. 3. Tiada gred tahap kebersihan dari Majlis Daerah Port Dickson 4. Kedai makanan yang sangat kotor ini masih beroperasi. 5. Sikap tidak perihatin peniaga seperti ini, boleh mencalarkan imej pusat peranginan ini. 6. Kedai seperti ini harus disita oleh pihak PBT. 25/12/2012-Hari kedua Penulis, my wife dan ibu mertuaku keluar dari resort jam 9.30 pagi, berhajat untuk bersarapan pagi, membeli sarapan pagi untuk bebudak yang tinggal di resort dan membeli stok makanan untuk 2-3 hari semasa bercuti di resort ini. Ada sedikit perubahan di sekitar PD, terutama banyak kedai makan seperti cendawan tumbuh lepas hujan. Kami singgah di sebuah kedai makan 'Pak e'. Menu yang terdapat di sini ialah nasi lemak, kuih muih, mee/mehoon goreng, roti canai dan minuman panas. Dimaklumkan oleh pekedai itu, di sebelah malam terdapat jualan seperti satay, tom yam dan menu ala carte. Terdapat ramai pelanggan, menyebabkan nasi lemak habis dan dimasak untuk kali kedua, semua jenis mee dan kuih muih juga turut habis. Penulis terpaksa menunggu nasi lemak masak. Sambil menyambil makan roti canai dan memesan minuman. gambar?....penulis share link dari blogger lain. Klik sini Keseluruhan, penulis boleh beri rating 3 star untuk kedai ini, termasuk tahap kebersihan. Selepas itu penulis membeli barang keperluan di "Pasaraya Family Store". Jam 11.30 kami bertolak pulang dan singgah di kedai menjual Nasi Kukus Ayam Panggang "Cowboy Place".Kedai ini sepatutnya boleh improve lagi dengan atasi asap ayam panggang bertiup kearah pelanggan dalam kedai mahupun yang menunggu bungkus. Rating 2.5 star. Harga seekor ayam panggang ialah RM16 malam 9.00pm Penulis telah diminta oleh ahli keluarga untuk menyediakan masakan makan malam. Seperti sudah bersedia dengan permintaan kaum keluarga, penulis menerima permintaan tersebut. Dengan dibantu oleh isteri dan anak anak, menu pilihan sudah tentu lah kacang pool pak mad siap dan sedia untuk dimakan. Licin, dan penulis puas hati kerana menu tersebut menepati citarasa mereka. Lepas makan, bebudak start buka cybercafe tiarap, lihat gambar, dok leka main online game counter strike. Sementara tu, kat tv3 sedang bersiaran cerita 'hantu kak Limah balik rumah' Awie tengah nyanyi lagu 'cinta kristal versi HKLBR'. 26/12/2012-hari ketiga 9.00 pagi 10.00 pagi Bebudak menunggu masa mendapat kebenaran turun ke kolam renang. 5.00ptgBergambar dalam kolam renang. 10.00mlm Pemandangan waktu malam dari jendela di resort. 9.00 am hari ke empat 28/12/2012 bye bye resort.....
| ||
My Life full of FUN: <b>Di</b> Pantai <b>Teluk Kemang</b> Posted: 06 Jan 2013 06:59 PM PST Ini weblog Syafiq Alif. Alif336 adalah Blog bagi memaparkan aktiviti mingguan saya. Belajar, bersekolah, berbasikal, bermain bola, tengok tv dan main game. Yang paling penting mengaji Quran. Apa yang penting??? kerjaaaaa samaaaaa. Oooooo kerja sekolah pun kena buat juga. |
You are subscribed to email updates from di teluk kemang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan