05 di port dickson - Google Blog Search |
Subhanallah! Pokok Kelapa Ada Lima Dahan <b>Di Port Dickson</b> Posted: 16 Jan 2013 12:40 AM PST Sesiapa yang melalui jalan Seremban Port Dickson di Batu 1 Jalan Pantai pasti akan menyedari deretan pokok kelapa yang ditanam bersebelahan dengan Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Namun, di antara deretan pokok kelapa itu, terdapat sebatang pokok kelapa yang mempunyai lima cabang dahan. Nelayan, Maamin Judin, 71, berkata, dia yang sering berulang alik menggunakan laluan Port Dickson-Seremban dari rumahnya ke pengkalan nelayan di Batu 1 menyedari kelainan pada pokok berkenaan. "Pokok kelapa ini memang lain daripada yang lain, namun diakui ia bukanlah sesuatu yang mustahil. "Ini adalah kali pertama saya melihat pokok kelapa yang mempunyai cabang dahannya di mana kebiasaannya pokok kelapa tidak mempunyai dahan," katanya kepada media. Maamin berkata, semua lima cabang pokok kelapa ini mengeluarkan buah sama seperti pokok kelapa yang ditanam di situ. "Ketinggian pokok kelapa ini juga tidak jauh beza pokok kelapa lain dan mungkin usia pokok kelapa ini sekitar lima hingga tujuh tahun," katanya. – Sinar Harian Artikel- Artikel Pilihan.. |
ZAKRI ALI: Pesta liar berbikini <b>di Port Dickson</b> - diterbitkan oleh PBO™ Posted: 24 Dec 2012 06:15 PM PST PORT DICKSON – Polis berjaya mengagalkan penganjuran satu pesta yang bakal disertai lebih 100 remaja, dipercayai dari ibu negara di sini, malam tadi. Pesta yang dikenali sebagai Moon Soon Beach Party itu diadakan di tepi pantai, lengkap dengan pentas serta sistem pembesar suara, dengan hidangan minuman keras dan dihadiri puluhan pasangan kekasih. Bagi menarik orang ramai, penganjur dikatakan menggunakan nama sebuah hotel terkemuka di bandar berkenaan dan Tourism Malaysia yang dicetak pada tiket yang dijual dengan harga RM165 seorang. Penganjur juga meletakkan syarat, peserta yang hadir hanya dibenarkan memakai bikini bagi wanita dan berseluar pendek bagi lelaki. Ketua Polis Daerah, Superitendan Abd Wahab Harun berkata, polis melakukan gerakan menyiasat motif penganjuran pesta berkenaan hasil maklumat orang awam selepas mendapati aktiviti mencurigakan di kawasan pesta tersebut. "Polis melakukan risikan kira-kira 6 petang. Ketika itu, ada beberapa peserta sudah tiba dan penganjur mula mengesyaki kegiatan mereka diperhatikan polis menyebabkan mereka membatalkannya sekitar 12 tengah malam. "Ketika pesta dibatalkan, terdapat beberapa pasangan yang tiba di lokasi dengan berpakaian mengghairahkan," katanya. Abd Wahab berkata, penganjuran parti itu juga melibatkan aktiviti menari berbikini di pentas muzik, manakala tetamu dihidangkan dengan minuman keras. Menurutnya, selain menggunakan nama sebuah hotel terkemuka, penganjur turut menyewa 10 bilik di hotel berkenaan yang terletak berdekatan dipercayai untuk penginapan peserta pesta itu. "Lokasi pesta itu di pantai terbuka yang boleh dilihat sebahagian pengunjung yang menginap di hotel berhampiran. "Penganjur turut mencetak logo hotel berkenaan serta logo Tourism Malaysia pada tiket, bagaimanapun kedua-dua pihak itu menafikan mereka ada kaitan dengan parti berkenaan. "Menurut pihak hotel terbabit, penganjur pada mulanya memaklumkan parti berkenaan dibuat untuk sambutan hari jadi. Penganjur juga menurunkan harga tiket kepada RM100 dan RM98 selepas mendapati parti berkenaan pada mulanya kurang mendapat sambutan," katanya. |
You are subscribed to email updates from di port dickson - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan