Ahad, 24 Februari 2013

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Program Pelepasan Umum Benih Anak Udang Galah <b>Di</b> Sungai <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2012 11:51 PM PDT

Selaras dengan usaha berterusan Jabatan Perikanan melestarikan sumber perikanan, Jabatan Perikanan telah mengadakan satu Program Pelepasan Benih Udang Galah di Sungai Linggi pada hari ini. Sebanyak 110,000 ekor benih udang galah akan dilepaskan oleh YB. Datuk Ar Hj. Ismail Bin Hj. Othman, ADUN Kuala Linggi.

Pelepasan benih udang ini, bertujuan untuk meningkatkan stok udang galah yang semakin berkurangan ekoran aktiviti penangkapan yang tidak terkawal dan terdapat penyalahgunaan peralatan penangkapan. Dengan adanya program seperti ini, ia juga secara tidak lansung akan meningkatkan sosioekonomi penduduk tempatan terutamanya nelayan-nelayan sungai.

Program pelepasan umum ini dibuat adalah selari dengan penubuhan RTC Kuala Linggi yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 10 November 2012. Inisiatif penubuhan RTC ini memenuhi konsep strategi lautan biru 4 (National Blue Ocean Strategy) dimana penduduk berhampiran akan menerima manfaat hasil penyediaan perkhidmatan secara berpusat dan berintegrasi bagi memudahkan urusan masyarakat luar bandar dalam menjalankan aktiviti ekonomi mereka yang mampu memberi impak dan pendapatan berganda.

Justeru itu, program seperti ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosio ekonomi dan sosial penduduk bagi meralisasikan program tranformasi ekonomi (ETP) dan program tranformasi kerajaan (GTP) untuk memacu Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads