Isnin, 25 Februari 2013

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Anak Jati Negeri Sembilan: 969 bekas tentera <b>di Kuala Pilah</b> terima <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2013 04:03 AM PST


Hasan Malek menyampaikan SVTB1M kepada bekas anggota tentera di Kuala Pilah, baru-baru ini.

KUALA PILAH 4 Feb. - Sebanyak 969 bekas tentera tidak berpencen di daerah Kuala Pilah hari ini menerima Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) sebanyak RM1,000 setiap orang.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah di Dewan Tuanku Ampuan Najihah, Seri Menanti di sini.

Seorang penerima, Mohd. Zalan Amran, 61, mengucapkan syukur atas pemberian kerajaan terhadap bekas tentera yang berjuang mempertahankan tanah air satu masa dulu.
Beliau berkata, sumbangan tersebut menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib dan kebajikan rakyat termasuk pesara tentera.

"Saya akan menggunakan sumbangan ini dengan sebaik-baiknya sebagai menghargai jasa kerajaan," katanya.

Seorang lagi pesara, Mohd. Zin Mohd. Pilus, 64, berkata, sumbangan itu memberi makna yang besar bagi seorang bekas tentera sepertinya.

"Dahulu kami tidak tidur malam demi menjaga keselamatan negara," ujarnya.
Kini, tambahnya, kerajaan memberikan penghargaan terhadap pengorbanan anggota tentera.

Hamzah Harun, 60, pula memberitahu, pemberian bantuan itu menunjukkan kerajaan sentiasa mengenang jasa anggota tentera.

Katanya, walaupun mereka kini semua sudah bersara dan banyak menghabiskan masa di rumah, kerajaan tidak melupakan mereka.

"Terima kasih kerana masih ingat pada kami dan kami akan membalasnya dengan sebaik-baiknya," jelasnya.

sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd 

<b>Kuala Pilah</b> - Kubu UMNO paling gagah - Kini dah rabah

Posted: 28 Jan 2013 04:18 AM PST


KUALA PILAH, KUBU UMNO PALING GAGAH DINEGERI SEMBILAN REBAH DENGAN CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT BERSAMA DSAI!!!!!


BIARKAN SAJA GAMBAR SEBAGAI SAKSI BERBICARA....KUBU UMNO PALING KUAT DI NEGERI SEMBILAN, KUALA PILAH...SUDAH REBAH!!!!

Dulu kalau parti pembangkang mau mengadakan siri ceramah di Kuala Pilah, pasti tiada sambutan diberikan..pernah penganalisis politik mengatakan jika pembangkang mengadakan ceramah di Kuala Pilah lebih ramai penceramah dari pendengar yang hadir.

Itu dulu.. kini ianya sudah menjadi sejarah..

Terbukti dengan siri Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat bersama DSAI yang diadakan di Kuala Pilah semalam, 27hb Januari 2013.

Bermula siang hari di Kg Melang, Kuala Pilah  bersebelahan Pasaraya Econsave dan malam harinya di Kg Temeris di kawasan rumah Tok Ketua Omar.

Sambutan yang diberikan cukup memberangsangkan.. Orang luar bandar dan kampung tradisional sudah mula beralih arah dari UMNO ke Pakatan rakyat pimpinan DSAI.

Isu putar belit Kalimah Allah langsung tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada PR yang bertekad maukan perubahan drastik demi kelangsungan hidup yang lebih realistik.

Hayat UMNO sudah hampir sampai kepenghujungnya sebaik saja pembubaran parlimen diistiharkan.

Pihak PDRM dan Majlis Daerah Kuala Pilah telah memberikan kerjasama yang cukup baik sekali. - omak kau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads