Sabtu, 2 Februari 2013

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


UMNO Online - Misi Pemuda Realisasikan Sifar Pembangkang <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2013 02:01 AM PST

Kategori Dari Bahagian

Misi Pemuda Realisasikan Sifar Pembangkang Di Jempol

Oleh : Azman Abas

KUALA LUMPUR 30  Jan – Pemuda UMNO Jempol bertekad untuk membantu mempertahankan  kemenangan Barisan Nasional (BN) di tiga kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) dan satu Parlimen selain merampas satu DUN yang dimenangi oleh pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ketuanya Nizam Aman berkata dengan pelbagai gerak kerja serta jalinan erat antara Pemuda-Pemuda parti komponen yang lain, misi berkenaan insyalallah akan menjadi realiti kelak.

Menurut beliau dengan tumpuan serta pelbagai program yang menyentuh hati dan perasaan anak-anak muda, pihaknya percaya BN akan menjadi pilihan golongan itu apabila tiba masa hari mengundi kelak.

"Sentuhan kita atau 'touch point' di peringkat akar umbi bukanlah bermusim…dan bukanlah hanya menjelang pilihan raya semata-mata sebaliknya kita mengambil inisiatif sentiasa bersama mereka.

"Kenduri kahwin, kematian, majlis kesyukuran, doa selamat dan sebagainya antara penglibatan Pemuda Jempol untuk bersama-sama dengan anak-anak muda. Begitu juga dengan aktiviti sukan yang tidak dapat dipisahkan daripada orang muda.

"Kita percaya dengan kaedah-kaedah sedemikian, tentunya golongan muda di akar umbi akan dekat dengan kita dan itulah yang kita laksanakan sepanjang masa," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai persiapan pilihan raya dan misi mereka seperti yang disebutkan diatas, Nizam seterusnya menambah pihaknya hanya menunggu masa daripada pucuk pimpinan untuk menggerakkan jentera.

"Kita yakin dengan kerjasama Pemuda-Pemuda komponen yang lain, kekuatan kita akan ampuh dan jitu untuk memastikan hasrat dan impian kita tercapai," ujarnya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 30 January 2013 6:01 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads