05 di gemas - Google Blog Search |
BN optimis DUN <b>Bahau</b> ditawan kembali | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b> Posted: 21 Jan 2013 06:49 PM PST JEMPOL - Kegagalan DAP menyelesaikan pelbagai masalah rakyat khususnya di Bahau memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yassin berkata, pihaknya mendapati banyak aduan terutama melibatkan masyarakat Cina di kawasan itu tidak dapat diselesaikan wakil rakyat DAP. "Masyarakat di Bahau mengeluh dengan janji yang tidak ditepati DAP khususnya di Bahau. "Kita optimis kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau akan kita rampas daripada DAP," katanya ketika ditemui pemberita di pejabat Parlimen Jempol, di sini kelmarin. Tegas Lilah, sejarah membuktikan Bahau bukan milik sepenuhnya DAP kerana suatu ketika dahulu pernah dikuasai BN. Kerusi DUN Bahau dimenangi calon DAP, Teo Kok Seong dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu dengan majoriti 837 selepas memperoleh 6,188 undi berbanding calon BN, Lim Fui Ming yang mendapat 5,351 undi. Beliau turut menjelaskan, BN telah memperlengkapkan jentera dan sudah pun bergerak untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. "BN sentiasa mendekati rakyat dan bukan hanya menanti tarikh pembubaran atau pilihan raya sahaja. Kita bekerja untuk rakyat setiap masa tanpa ada had waktu," jelasnya. Ketika ini katanya, BN telah mendekati golongan pengundi atas pagar dan menyampaikan maklumat betul terhadap usaha baik Kerajaan BN. "Golongan atas pagar ini lebih gemar mendapat maklumat di internet dan sebab itulah kita mendekati mereka supaya maklumat betul dapat disampaikan dengan cara bersemuka," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from di bahau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan