Ahad, 6 Januari 2013

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


RAJA BOT Al-HAJ BIN RAJA JAAFAR – RAJA <b>LUKUT</b> TERAKHIR <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2012 09:23 AM PST

Raja Bot merupakan pemerintah Lukut setelah kemangkatan ayahandanya, Raja Jumaat pada tahun 1864. Bondanya Tengku Senai atau Tengku Nai merupakan anakanda kepada Paduka Sri Sultan Muhammad Shah – Selangor.

Baginda telah didedahkan dengan selok belok pentadbiran dan perniagaan bijih timah iaitu nadi utama Lukut seawal usia baginda belasan tahun lagi.

Raja Bot diapit adinda-adindanya ketika menjadi Raja Lukut

Lukut adalah sebahagian daripada pengaruh penguasaan Selangor. Era pemerintahan Raja Bot merupakan permulaan era kemerosotan Lukut kerana terdapat pelbagai masalah yang dihadapi semasa pemerintahan baginda. Di antaranya adalah tuntutan wilayah Lukut oleh Sungai Ujong, penentangan Raja Sulaiman (Pembesar Sungai Raya), bebanan hutang yang semakin berat dan hasil pengeluaran biji timah yang semakin merosot. Lukut yang pernah mencapai kegemilangannya sejak dari pemerintahan Raja Jumaat Bin Raja Ja'afar Ibni Almarhum Sultan Ali Ala' uddin Shah Ibni Almarhum Daeng Kamboja [Raja Ali I]) Ibni Daeng Parani.

Malangnya Raja Bot telah kehilangan kuasa ke atas Lukut dalam pembahagian sempadan Negeri Sembilan dan Selangor oleh Inggeris hingga membawa kepada penghijrahan baginda ke Selangor pada tahun 1882.

Pada tahun 1887 baginda telah dilantik sebagai Penghulu Sungai Buloh dan telah menganggotai Majlis Mesyuarat Negeri Selangor pada tahun 1888 sehingga ke akhir hayatnya. Manakala pada tahun 1890, baginda telah dipilih menjadi ahli Lembaga Kebersihan Bandar Kuala Lumpur.

Sesungguhnya Raja Bot merupakan seorang pemimpin melayu yang turut menyumbang ke arah kemajuan negeri Selangor, antara sumbangan baginda ialah cadangan mengadakan peraturan import eksport, pengurusan pelabuhan di Selangor serta menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu.

Sesungguhnya Kota Lukut yang kini masih berdiri telah melahirkan tokoh besar seperti Raja Hassan @ Raja Busu Ibni Raja Muda Nala ibni Almarhum Sultan Ibrahim , Raja Jaafar, Raja Jumaat Bin Raja Jaafar dan Raja Bot B Raja Jumaat yang merintis sejarah kegemilangan Lukut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads