05 di tampin - Google Blog Search |
Dua Sahabat Maut, Tidak Sempat Hadir Kenduri Rakan Posted: 25 Dec 2012 07:32 PM PST REMBAU – Dua sahabat tidak sempat menghadiri majlis kenduri kesyukuran rakan sekerja di Taman Seri Rembau di sini apabila mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 35.5, Jalan Seremban-Tampin, semalam. Dalam kejadian jam 1.45 petang itu, pemandu kereta Proton Wira, Azla Imra Subari, 26, dan rakannya yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, Amirul Izwan M Ruhani, 24, mati di tempat kejadian akibat cedera parah dan tersepit di tempat duduk masing-masing. Menurut ibu Azla, Maimunah Osman, 54, dari Kampung Baru Tampin, arwah anaknya yang merupakan seorang juruteknik di kilang Honda, Alor Gajah, Melaka ada memberitahunya yang dia bercuti semalam dan berhajat menghadiri kenduri kesyukuran rakan di Rembau. "Apa yang pelik, arwah tak maklumkan kepada saya waktu dia bertolak. Biasanya setiap kali keluar rumah, dia pasti beritahu saya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), di sini, semalam. Menurutnya, Azla juga baru sahaja melangsungkan pertunangan kira-kira sebulan yang lalu, malah belum sempat melihat gambar majlis pertunangan yang dirakam jurugambar yang ditempah tunangnya itu. Dalam pada itu, saksi kejadian, Norhayati Muit, 44, berkata, dia dalam perjalanan dari Seremban ke Tampin untuk menghantar ayahnya pulang ke rumah apabila tragedi itu berlaku di depan matanya. "Saya memandu di belakang Honda CRV dan sebaik tiba di lokasi berkenaan, kereta Proton Wira dari arah bertentangan tiba-tiba masuk ke laluan kami," katanya. Dalam kejadian itu, sepasukan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Abdul Jalil Jasin, mengambil masa kira-kira 30 minit bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Menurutnya, kedua-dua mangsa mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat. Mizan berkata, berdasarkan siasatan awal, kereta yang dipandu mangsa iaitu Proton Wira dari arah Tampin menuju ke Rembau dipercayai terbabas sebelum dilanggar oleh kenderaan lain jenis Honda CRV dari arah bertentangan. Apa Komen Anda Mengenai Berita Ini?? Mari Kongsikan Bersama Kami Dengan Meninggalkan Pendapat & Kritikal Bernas Anda Di Ruangan Komen. Search terms:,,kemalangan kat rembau 25/12/2012,kamalangan di rembau pada 25 disember 2012,kemalangan maut di tampin 25/12/12,Kemalangan di rembau 25 disember,kemalangan maut tampin 25 disember 2012,kemalangan maut dirembau tampin 25 dec 2012,kemalangan di rembau 25/12/12,kemalangan di rembau 25/12,banjir 2012,kemalangan di rembau 25 dec 12 |
You are subscribed to email updates from di tampin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan