Khamis, 27 Disember 2012

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Temui Ustaz Dzulkarnain Hamzah <b>di Rembau</b> 25 Dis 2012 - Syarak <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2012 01:44 AM PST


CERAMAH MOTIVASI DAN KUTIPAN TABUNG GAZA
Tarikh : 25 Dis 2012, Selasa
Tempat : Masjid Jamek Tanah Datar, Chengkau (tepi jalan utama Rembau-Tampin)
Penceramah : Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Astro Oasis)
Turut diadakan pameran Palestin dan kutipan tabung misi kemanusiaan Gaza serta jualan amal oleh Aqsa Syarif.
Jamuan makan tengahari masakan kenduri kampung turut disediakan selepas solat Zuhr.
Semua dijemput hadir - Untuk maklumat lanjut sila hubungi Encik Kasbi 019-2084969
Anjuran : Jawatankuasa Perkuburan Islam Kariah Tanah Datar.
MENYINGKAP SEJARAH SUKU TANAH DATAR DAN MASJID KG. TANAH DATAR, CHENGKAU
Tanah Datar adalah merupakan salah satu dari 12 suku yang datang dari Sumatera dan hidup bersama penduduk asal Rembau. Nama suku di Negeri Sembilan ini adalah berasal dari nama tempat di Sumatera. Suku Biduanda adalah pewaris asal Negeri Sembilan. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.
Dato Lembaga Adat untuk Suku Tanah Datar diberi gelaran Dato' Raja Senara.
Suku Tanah Datar telah melahirkan ramai tokoh ulama serta tokoh pejuang. Antaranya ialah Tok Guru Haji Muhamad Haji Daud yang dilahirkan dalam tahun 1887 di Kampung Tanah Datar, Rembau.
Dato' Shaziman Abu Mansor juga adalah dari Suku Tanah Datar.


SEJARAH MASJID JAMEK TANAH DATAR, CHENGKAU
Menurut pencerita, masjid ini telah dibina pada tahun 1900an. Usia masjid ini telah mencecah lebih 100 tahun. Pengasas bagi masjid ini ialah Tuan Haji Said, di mana beliau merupakan seorang hartawan di dalam daerah Rembau pada ketika itu.
BIOGRAFI TOK GURU HAJI MUHAMAD HAJI DAUD ( 1887 - 1969)
Haji Muhamad bin Haji Daud dilahirkan dalam tahun 1887 di Kampung Tanah Datar, Rembau. Waktu kelahirannya, Luak Rembau di bawah penguasaan Dato' Undang Sedia Raja Serun bin Sidin ( 1883 - 1905). Di Rembau, orang-orang daerah ini lebih mengenali beliau dengan panggilan "Haji Kursasi". Bapanya bernama Haji Daud dari suku Paya Kumbuh yang juga seorang ulama dalam masa hayatnya.
Allahyarham Haji Kursasi ini mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Chenung, Chengkau dalam Daerah Rembau. Kemudian beliau mengaji agama dari ayahnya. Sebagaimana anak-anak muda yang dahagakan ilmu agama waktu itu, beliau turut belayar ke Mekah Al Mukarramah untuk mengaji agama selama 13 tahun. Apabila usia menjangkau 34 tahun ( kira-kira tahun 1921) barulah Haji Kursasi ini balik ke Tanah Jawi. Oleh kerana cintanya beliau kepada ilmu agama maka berguru pula ia dengan Allahyarham Haji Mustaffa Linggi sehingga ulama itu meninggal dunia pada 1927.
Semasa hayatnya, Haji Kursasi pernah menjawat jawatan Penolong Nadzir Agama di Sekolah Melayu sebelum bersara dalam tahun 1952. Beliau pernah juga mengajar agama di masjid dan surau-surau dalam Daerah Rembau. Antara tahun 1947 hingga 1949, Allahyarham dilantik mewakili Rembau dalam Majlis Mesyuarat Agama Islam peringkat negeri.
Allahyarham Haji Kursasi meninggal dunia dalam tahun 1969 ketika berusia 81 tahun.
BIODATA USTAZ KAPTEN (B) HJ DZULKARNAIN HAMZAH
Anak murid kepada Mantan Masjid Imam Negara, Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz.
Anak kelahiran Kampung Jasin, Melaka. Dilantik seabagai imam muda Istana Negara, berkhidmat selama 13 tahun sebagai guru agama di Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) dan kini aktif sebagai pengacara, penceramah dan mengelola jemaah haji serta umrah.
Mendapat pendidikan di sekolah menengah aliran Inggeris
Pernah menjadi johan dalam Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Sekolah Negeri Melaka.
Mewakili Melaka dalam Pertandingan Tahfiz al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 1984 dan 1985.
Berhenti belajar di tingkatan empat dan memasuki sekolah pondok.
Menyambung pelajaran di Maahad Muhamadi, Kota Bharu dan kemudian mendalami ilmu al-Quran di Darul Quran, Masjid Negara sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Jamiah Islamiah Madinah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads