Sabtu, 1 Disember 2012

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Cetusan Mukara: Analisa PRU 13 Parlimen <b>di Negeri Sembilan</b> <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2012 10:01 PM PST

Seawal tahun 1959 iaitu ketika PRU pertama negara berlangsung, Seremban terbahagi kepada dua kawasan parlimen iaitu Seremban Timur dan Seremban Barat. Parlimen Seremban Timur meliputi dun Sungai Ujong dan Bukit Nanas, manakala Parlimen Seremban Barat meliputi dun Labu, Rahang dan Rantau.
Front Sosialis menang semua dun di Seremban Barat, manakala MCA-Perikatan menang semua dun di Seremban Timur. Lebih menarik, kedua-dua parlimen ini dimenangi oleh calon bebas! Ini adalah fakta yang tidak tertulis dalam teks sejarah di sekolah-sekolah. Ini adalah persejarahan politik yang wajar diketahui oleh semua generasi bahawa pengaruh politik bukan Perikatan/BN telah lama wujud di Negeri Sembilan khususnya di Seremban dan Port Dickson.
Kawasan ini telah melalui beberapa perubahan sempadan hasil daripada persempadan semula kawasan pilihanraya. Sebagaimana yang dinyatakan dalam analisa terdahulu, persempadanan ini bertujuan untuk memecahkan blok sokongan dan pengaruh parti pembangkang. 
Parlimen Seremban kini (dahulu Seremban Timur) hakikatnya merupakan medan pertempuran sengit di Negeri Sembilan antara BN dan pembangkang. Kemenangan silih berganti samada BN atau pembangkang. Selepas era Front Sosialis (1959-1965), DAP menjadi pesaing terkuat BN di Seremban. Ketika era pilihanraya majlis bandaran tempatan dahulu, Seremban juga antara bandar yang dimenangi oleh calon Front Sosialis.
Samada sedar atau tidak, parlimen ini merupakan satu-satunya di Malaysia yang memiliki dun yang banyak iaitu enam dun-Nilai, Lenggeng, Temiang, Ampangan, Sikamat dan Lobak. Sesebuah kawasan parlimen secara biasanya terdiri daripada dua hingga lima dun. Logiknya mengikut syarat persempadanan, sudah boleh wujud tiga parlimen daripada kawasan ini. Jumlah pemilih di parlimen ini telah mencecah 100 ribu orang dan sewajarnya sudah wujud beberapa kawasan parlimen baru.Dr Chen Man Hin (gambar kiri) merupakan antara tokoh politik yang sinonim dengan Parlimen Seremban. Beliau merupakan ahli parlimen kawasan ini beberapa penggal dari tahun 1978 hingga 1999. Namun pada PRU 1999, beliau kalah di Rasah. Ketika era Reformasi 99, pengaruh DAP merundum di kebanyakan tempat dan ramai pimpinan utamanya seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas.

Dua penggal BN menguasai Seremban melalui MCA iaitu 1999-2004 dan 2004-2008. Namun pada PRU 2008, Seremban kembali dirampas dan dimenangi semula DAP melalui calonnya, John Fernandez. Pertarungan di Seremban sengit berbanding Rasah yang memperlihat kemenangan majoriti besar oleh Pengerusi DAP NS-Loke Siew Fook. Undi dari dun Lobak, Nilai dan Temiang menjadi penyumbang terbesar kepada perolehan undi calon DAP kerana kedua-dua dun ini merupakan kawasan majoriti pemilih Cina berbanding Ampangan, Sikamat, Lenggeng yang di kebanyakan kawasan majoriti pemilih Melayu 68 peratus memilih calon MCA-BN.

Perubahan dan peralihan undi kebanyakan pemilih di Seremban adalah kebangkitan luar biasa yang memperlihatkan semua calon MCA-BN tewas di semua dun ditandingi dalam Seremban, manakala calon Umno-BN buat pertama kalinya dalam sejarah PRU di Seremban sejak 1969 tewas di Ampangan dan Sikamat!

Calon Umno hanya menang di dun Lenggeng dengan majoriti 1,285 undi, namun tewas di peringkat daerah mengundi di Pantai, Panchor dan Paroi Jaya. Daerah mengundi di Broga, Ulu Beranang dan Lenggeng memberi kemenangan besar kepada Umno.

Calon

Kekalahan MCA di Seremban pada PRU 2008 benar-benar mencalar rekod pencapaian mereka pada PRU 1999 dan 2004 lalu. Malah mencetuskan pertentangan lebih ketara antara pemuka-pemuka MCA Negeri Sembilan.

Pengerusi MCA NS, Dr Yeow Chai Tiam yang 'bertelapak' di Rasah dikatakan berhasrat untuk bertanding di Parlimen Seremban pada PRU-13 akan datang. Mungkin beliau merasakan peluang memenangi Seremban lebih terbuka berbanding Rasah yang memperlihatkan kemenangan besar DAP melalui Loke Siew Fook. Situasi itu memberi jawapan jelas bahawa MCA NS sendiri tidak punya keyakinan untuk memenangi semula Rasah.

Hasrat beliau itu mendapat tentangan beberapa pemuka utama MCA NS seperti Timbalan Ketua MCA Bahagian Seremban, Datuk Ho Yok Kee yang pernah mengeluarkan pandangan bahawa tidak mahu 'calon luar' bertanding di Seremban. Ada kemungkinan juga beliau atau Ketua Bahagian MCA Seremban-Peter Lai juga berhasrat bertanding di parlimen.

Beberapa gerakan sulit 'menambah' pemilih-pemilih 'import' telah dijalankan oleh MCA Seremban sejak penghujung 2008 lagi. Mereka menyakini untuk 'menawan' kembali dun Temiang dan Nilai disamping berharap gerakan yang sama daripada Umno di Sikamat, Ampangan dan Lenggeng. Jika usaha ini berhasil, ada kemungkinan besar MCA boleh memenangi semula Seremban tetapi dalam majoriti yang sederhana tidak seperti era 90an. DAP memenangi Seremban dengan majoriti 3,948 undi. MCA benar-benar mengharapkan bantuan undi 'Melayu Umno' dari dun Lenggeng , Sikamat dan Ampangan. Manakala di Temiang, MCA menang di daerah mengundi majoriti Melayu iaitu di Taman Temiang Jaya dan Jalan Yazid Ahmad.

Namun, ia agak berbeza dengan satu kajian sokongan yang dijalankan sendiri oleh BN melalui badan-badan penyelidik kerajaan seperti Kemas dan Jasa. Parlimen Seremban dan Rasah termasuk Telok Kemang adalah kawasan yang dikira sebagai 'tiada harapan' untuk dimenangi semula. Malah ketiga-tiga kawasan ini ditandakan dengan warna merah! Kajian itu juga menyatakan undi popular yang bakal diterima pada PRU-13 di Seremban oleh BN adalah sekitar 31-36 peratus sahaja!

Akan tetapi PR NS khususnya tidak boleh berasa selesa kerana gerakan sulit menambah pengundi-pengundi 'import' seperti Bangladesh, Indonesia, Burma dan Nepal bakal mengagalkan usaha mempertahankan kemenangan PR di Seremban. Kaedah penipuan sebegini bakal meranapkan demokrasi dan menumpulkan ketelusan SPR.

DAP NS sebelum ini dikatakan akan menampilkan calon baru untuk Seremban. Ada perkhabaran yang menyebut bahawa Aspan Alias bakal diletakkan sebagai calon. Jika itu benar, tidak salah kerana berdasarkan pecahan pemilih mengikut kaum di parlimen Seremban kini menunjukkan pemilih Melayu merupakan majoriti (42.79%), cuma beza 1-3 peratus dengan pemilih Cina (41.95%). Ada kebarangkalian langkah itu akan berlaku peralihan besar undi Melayu kepada PR khususnya di dun Lenggeng, Ampangan dan Sikamat.

Malah ini bukan kali pertama DAP NS menampilkan calon Melayu. PRU 1986 dulu, DAP pernah meletak seorang calon Melayu di Ampangan. Jangan dilupa bahawa pada PRU 1969, kebanyakan bekas-bekas pimpinan Melayu Front Sosialis dari Parti Buruh dan Parti Rakyat menyertai DAP dan menjadi calon di Negeri Sembilan. Salah seorang antaranya bekas wakil rakyat Sirusa, Haji Hasan Ahmad yang merupakan calon Melayu DAP! Beliau menang di Sirusa mengalahkan calon Umno, Dato' Abdul Samad Said iaitu bapa kepada bekas MB NS iaitu Tan Sri Isa Samad!

Potensi

PR dijangka mampu mempertahankan kemenangan di Seremban dan sudah pastinya tentangan sengit bakal diberikan oleh BN. Penilaian atas kertas, DAP tidak mengalami kesukaran bagi mempertahankan kemenangan di Lobak, Nilai dan Temiang termasuk Keadilan di Sikamat dan Ampangan kerana kerusi-kerusi ini merupakan kawasan bandar yang memperlihatkan kecenderungan tinggi para pemilih daripada pelbagai kaum menyokong PR.

Ada maklumat lisan daripada sumber dalaman Umno Seremban menyatakan keyakinan bahawa pemilih Melayu di Ampangan dan Sikamat khususnya bakal 'swing' 55 peratus menyokong PR. Ini satu maklumat yang baik buat PR menggandakan gerak kerja di seluruh Seremban. Adalah tidak mustahil juga Lenggeng bakal dimenangi dengan majoriti tipis oleh Pas. Sekiranya situasi ini berlaku, harapan MCA merampas Seremban akan gagal walaupun dibantu oleh 'pemilih-pemilih import' yang diwarganegara-segerakan oleh mereka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads