05 di lenggeng - Google Blog Search |
Jurnal @ Laporan Aktiviti: RS Survei Lokasi (Hutan Lipur <b>Lenggeng</b>) Posted: 13 Nov 2012 04:18 PM PST Info :
Maklumat di atas merupakan hasil yg digoogle mengenai informasi dan kemudahan yg sedia ada terdapat di kawasan Hutan Lipur Lenggeng. Lokasinya tidaklah terlalu jauh dari pekan Lenggeng dan sesuai dijadikan tempat perkelahan keluarga. Bertarikh 10-11-12 , Sabtu Aktiviti Seram Sejuk (RSS) diadakan bertujuan untuk mencari X-factor / tarikan yg terdapat di sana. Tinjauan yg dapat diamati di sana, sudah banyak kemudahan yg telah disediakan oleh Jabatan Perhutanan N9. Antaranya kolam mandi-manda, wakaf rehat, dewan terbuka, menara tinjau, tapak perkhemahan, taman permainan kanak², parking kereta, laluan sepanjang sungai tandas awam, surau dan sebagainya. Seramai 12 peserta & 4 kanak² telah bermastautin di sana 1 malam. Ikuti catitan yg dapat saya perhatikan sepanjang berada di sana. Bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke Hutan Lipur Lenggeng ( sepul, syed, yen, jerol, kaede n Ina Omar ). Bergerak santai² sambil lunch di pertengahan perjalanan, samapai di destinasi pada pukul 2. Kelihatan garfu dan Joe Oren sabar menunggu ketibaan kami. Sambil bersembang² kosong, mata melilau mencari kawasan yg sesuai untuk dijadikan tapak perkhemahan yg sesuai nanti. Kemudian masing² bergerak mencari kemudahan yg terdapat di sana:
Tak lama kemudian, Tok wan dan anaknya sampai membawa bekalan makanan. Disusuli kehadiran Uncle Z. Tok wan, uncle Z dan Ina menyediakan dapur dan makanan manakala yg lain meneruskan kerja baikpulih sistem perpaipan kawasan itu. Punca inlet terpaksa ditarik ke atas oleh makhluk keding ( Yen & Syed ). Barulah air masuk ke dalam tangki. Setelah mencuci saluran paip yg penuh dengan pasir barulah bekalan air berjaya dipulihkan. Di dapur, cucur udang panas² dan ubi kayu rebus terhidang tuk dimasukkan lam perut yg dah lapar. Dalam pukul 5 lebih, cekgu Zahar tiba bersama² askar serbu kawasan. bro Rusman sampai membawa gen set ( xde lah bergelap malam nnt. ) Apabila perut sudah kenyang, masing² sambung kembali tugas yg ada. Tukang cuci sibuk cuci kolam, tukang paip sibuk pasang paip, tukang khemah sibuk pasang khemah, tukang masak sibuk masak cucur, meehon dan bbq. Malam menjelma, paip air terjun sudah siap. Masing² mula mandi membersihkan badan agar sentiasa wangi. Dapur bbQ sudah berasap, menunggu masa je tuk membakar kepak, peha, puyuh dan ribs.. Nuym².. Makanan pada malam tu agak mewah, paling best bab dapat cilok banyak puyuh... Pergh... Lazat sekali. Makasih tuk cekgu Zahar bab bawa ribs lembu tuk diBBQkan. tak pernah rasa o0o0o... Moto baru " Kalau cekgu Zahar join Event, misti ada makan² MEWAH nie " miahahaha.. Bila semua dah kenyang, masing² sudah tersadai mengusap perut. Ada yang dah berguling² mengeliat kepenatan. Sudah lama tidak lepak beramai² berborak kosong. Masing² tidur awal pada malam tu. Dan semua tidur rapat² bertujuan tuk merapatkan lagi silaturahim .... Yeke .. huhuhu.. Dan tiada perkara mistik berlaku ( rasenye laaa ) .. Sekian |
You are subscribed to email updates from di lenggeng - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan