05 di port dickson - Google Blog Search |
Our Wonderful Simple Life: Cerita cuti kami <b>di Port Dickson</b> Posted: 05 Nov 2012 10:48 PM PST I was at Glory Beach Resort Seperti entry sebelum ini Glory Beach Resort-Port Dickson akak kata ada baucer untuk ditebus. Kami hanya akan pergi ke Legoland pada hari selasa maka kenalah akak sekeluarga cuti-cuti Malaysia sebelum sampai harinya. Akak ke Legoland dengan kawan-kawan sepejabat jadi kenalah ikut perancangan diaorangkan. Hari Isnin Rozi sefamili nak pergi ke Singapura tapi akak tak berhajat nak ikut itulah sebabnya singgah ke Port Dickson dulu. Macam akak ceritakan dulu akak booking bilik di Glory Beach Resort(GBR) tu sebenarnya pemilik persendirian. Masa akak tiba di GBR hati dah berdebar-debar terfikir kalaulah owner tu tak datang mana pulak akak nak tidur malam ini. Masalahnya lagi ialah tak tahu nak tunggu di mana katanya di blok A tapi tak nampak tempat nak menunggu, akakni dah keluar masuk kereta takut dia tak nampak pulak nantikan. Anak-anakpun dah tergedik-gedik tengok kolam renang. Dalam pukul 1.45 tengahari gitu akak dapat panggilan dari satu nombor katanya dialah ownertu. Lega sesangat... hilang dah rasa saspen... Masa dia tunjuk biliktu rasa seronokler sebab dengan harga yang murah akak dapat apartment yang ada dua bilik dan satu bilik air dan ada ruang tamu bersofa juga dapur yang lengkap. Kiranya berbaloiler juga... Anak-anak dah semangat sebab dapat bilik, sebab kat rumahpun diaorang memang takder bilik. Bersemangat sesangatler budak dua orangtu.. tapi bila dah dekat malam diaorang cakap ayah tidur bilik kecik tu diaorang nak tidur ngan ibu. Alasan tak boleh tahan sebab bilik kecil tu dekat ngan pintu masuk. Dasar penakut... Singgah sebentar isi perut di sebuah kedai sebelum sampai Glory Beach Resort. Gembira rasa hati sebab tempat bermalam kita yang sangat luas dan bersih... puas hati... Bergambar dengan penyu bertelur, Glory Beach Resortni memang tempat penyu menetas. The first ever turtle hatchery in negeri sembilan is located at Glory Beach Resort's very own beach Kami nak makan, sebab malas nak keluar makan di Cafe hotel sahaja.. oklah... Keseluruhannya hari pertama cuti-cuti Malaysia arah selatan kami berjalan lancar dan dipermudahkan. Cuti sekolah nanti kalau dapat nak cuti-cuti Malaysia jugak..... |
You are subscribed to email updates from di port dickson - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan