Sabtu, 10 November 2012

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


..Selingkar Kisah: CUTI SEKOLAH PUN BERMULA

Posted: 09 Nov 2012 05:57 PM PST


Bermulanya cuti sekolah yang panjang.  Semalam hari jumaat jemput Baz kat SDAR.  Pergi sorang-sorang sebabnya suami tak dapat cuti.. keje banyakkk.  
Sampai di SDAR agak awal.  Mulanya janji dengan Baz lepas solat jumaat aku sampai.  Ohh..dia pun dah dok standby tunggu aku.  Barang-barang pun dah siap kemas.  Cuma angkat masuk dalam kereta jer.  
Lepas solat jumaat kami bergerak pulang.  Hujan sepanjang jalan.  Perut pun dah mula menyanyi lagi keroncong.. hehehhe..apa lagi lapar lahhh.. Baz pun belum makan.  Mulanya kami nak ronda Senawang dulu.. tapi bila hujan tak henti-henti terpaksa batalkan niat.
Sampai di Mantin..nampak satu tempat makan yang baru dibuka.  Minggu lepas aku dah nampak tapi tak sempat nak singgah sebabnya sibuk nak makan durian.  Hujan pun dah berenti.  Waauu..ada coconut shake la. Mesti cuba..
Makan lah juga nasi goreng ayam kat situ.  Lama juga menunggu nasik siap.  Kakak yang goreng nasik tu sibuk dok sms jer.  Sambil goreng nasi pun dok sms..aduhaii.. isshh.. naik bosan jugak menunggu. 
Tak sedap mana pun nasik goreng ayam tu.  Tapi telan lah juga bila dah lapar.  Tak habis pun.  Coconut shake??? Oklah....kalau nak mencuba.  Rasa kurang manis dan ais yang diblend tu agak kasar sikit.. 
Ni diaaa.. Mantin Original Coconut Shake..
Sepanjang jalan nampak pondok-pondok jual durian.  Berlambak durian.  Ajak Baz singgah makan.  Hehehee..dia tak mahu laa sebabnya dia tak makan durian.  bau durian pun dia tak suka..huhuuu,,Ruginyaaaa..

Sampai KL ambil suami kat opis dia.  Malamnya depa ada training futsal la pulak.  Ikut jugak.  Dah letih..aku lepak dalam kereta sampai tertidurr..
Sampai rumah tengok Anugerah Skrin 2012.  Punyalah teruja nak tengok.  Errmm hampeehh.  Anugerah yang berprestij itu begitu hambar dan tawar.. ntah apa-apa..tak menarik langsung bagi aku lah.  Bila tengok komen kat FB/twitter ramai yang kata..tak tengok pun tak per.. tak best langsung..
Apapun tahniah pada pemenang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads