Selasa, 9 Oktober 2012

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Suara Generasi Baru » Majlis Rumah Terbuka Syawal Adun <b>Serting</b> <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2012 12:36 AM PDT

BANDAR BARU JEMPOL – Bersempena dengan bulan Syawal, pelbagai pihak telah melaksanakan rumah terbuka termasuk yang terbaru, Adun Kawasan Serting, YB Dato' Shamsulkahar bin Hj Mohd Deli merangkap ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan telah meraikan penduduk di Dun Serting dengan pelbagai juadah yang pasti membuka selera.

Rakyat yang hadir tidak mengira kaum dan juga umur, sama-sama telah datang untuk meraikan hari raya bersama wakil rakyat kawasan mereka yang memang terkenal dengan keramahan dan keprihatinan terhadap rakyat.

Turut kelihatan bersama dalam rumah terbuka YB Shamsulkahar adalah kenalan dan sahabat handai daripada parti komponen Barisan Nasional seperti MCA dan juga MIC yang sama-sama hadir untuk memeriahkan suasana. Wakil rakyat kawasan-kawasan lain juga turut kelihatan seperti Dato' Hasim Rusdi, Adun Kawasan Labu, Dato' Ismail Lasim dan ramai lagi.

Antara keistimewaan jamuan pada hari tersebut adalah lauk pauk utama telah disediakan secara bergotong royong penduduk setempat. Suasana mesra dan harmoni jelas kelihatan sejak dari malam sebelumnya lagi dengan kehadiran ramai belia-belia setempat turun membantu untuk menyediakan persiapan makanan termasuk persiapan dewan.

Pengunjung-pengunjung juga turut dihiburkan dengan nyanyian daripada artis tempatan dan alunan muzik tradisional daripada awal program sehingga selesai. Ramai yang memuji kualiti persembahan dan sistem bunyi yang mana ia dikendalikan oleh pemuzik-pemuzik tempatan.

Salah seorang pengunjung yang ditemui, menyatakan bahawa beliau dan keluarga saban tahun pasti akan menghadiri jamuan hari raya yang dianjurkan oleh YB Dato' kerana beliau amat mengkagumi kepimpinan yang ditunjukkan oleh YB Dato' terhadap permasalahan penduduk setempat. Beliau juga mengharapkan agar YB Dato' dapat dikekalkan untuk memimpin Dun Serting pada pilihanraya yang akan datang kerana banyak perubahan yang telah dibawa oleh YB Dato' kepada Dun Serting.

Seorang lagi pengunjung yang lebih dikenali sebagai Tok Jampi oleh penduduk setempat, menyatakan, beliau dan belia-belia dalam Dun Serting amat selesa bekerjasama dengan YB Dato' kerana beliau amat memahami kehendak dan suara belia di kawasan Dun Serting. Pelbagai aktiviti belia mendapat sokongan penuh YB Dato' dan sering menghadiri program-program yang dianjurkan oleh belia-belia Dun Serting.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads