Jumaat, 5 Oktober 2012

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Warga Asing Selamba Berbogel <b>Di Seremban</b>? @imigresenmy <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2012 05:35 AM PDT


Sebelum ini Keris ada menulis tentang masalah lambakan warga asing di Malaysia [SINI]. Dan diikuti masalah yang timbul apabila kemasukan mereka tidak terkawal dan dipantau [SINI]. Hari ini satu lagi cerita tentang masalah berkaitan warga asing :

Seremban – Beberapa penduduk di Kampung Limbok, Temiang, di sini, rimas dengan gelagat warga asing yang selalu membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam. Gambar fail
Bukan sahaja membuat bising dan mabuk, malah ada warga asing yang menyewa rumah di sekitar Jalan Seng Meng Lee, di sini, sengaja berbogel di hadapan rumah.
Penduduk, Tang Kam Sing, 60, berkata, sejak setahun lalu kehidupan keluarganya tidak tenteram dengan kehadiran sekumpulan warga asing yang menyewa di hadapan rumahnya.

Menurutnya, paling merimaskan keluarganya ialah tindakan lelaki berusia 20-an itu yang dipercayai warga Bangladesh sengaja berbogel di hadapan pintu rumah.

"Setiap pagi isteri saya akan bersenam di hadapan rumah dan dia pula sengaja membuka pintu dan tingkap supaya isteri saya dapat melihatnya.

"Meskipun dia tidak mengganggu kami namun tindakannya yang berbogel amat merimaskan," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Kam Sing berkata, dia pernah menasihatkan rakan serumah lelaki terbabit supaya menasihati rakannya itu agar menjaga tingkah laku.

"Atas semangat kejiranan, saya sekadar mahu menegurnya dan tidak tergamak mahu menghalau mereka tetapi sehingga kini masih tiada perubahan," katanya.

Seorang lagi penduduk, Low Chin Han, 45, berkata, hampir 100 warga asing di sekitar kampung berkenaan sering berkeliaran setiap malam.

"Mereka buat bising setiap malam dan sentiasa dalam keadaan mabuk.

"Kami bimbang dengan keselamatan anak perempuan kerana mereka juga selalu ganggu wanita yang sering berjalan kaki pulang ke rumah," katanya.

Menurutnya, ketiadaan polis peronda bagi mengawal keselamatan penduduk juga amat mendukacitakan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang, Ng Chin Tsai berkata, aduan mengenai masalah itu telah diajukan kepada pihak berkenaan.

"Saya harap polis melakukan rondaan secara berkala di kawasan ini bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Saya juga berharap, Jabatan Imigresen dapat melakukan siasatan terhadap warga asing di sini, sama ada mereka mempunyai dokumen sah atau tidak," katanya. -SH

Polemik ini harus dipandang berat. Jangan sampai Malaysia ini jadi medan buat mereka nak buat sesuka hati pula. Ini Malaysia tanahair kita. Keris serahkan kepada pihak Imigresen, RELA, Polis dan pihak berkuasa untuk siasat dan kawal. 
Kesian kepada Menteri Dalam Negeri yang bersusah payah membuat NKRA dan pelbagai lagi program untuk keselamatan di Malaysia. Pelaksanaan harus dibuat dari bawah.
K7L : kadang-kadang yang tak buat kerja tu sokong pembangkang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads