Rabu, 10 Oktober 2012

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Perhimpunan: Pemimpin PKR <b>Rasah</b> orang pertama didakwa <b>...</b>

Posted: 03 May 2012 09:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rasah, R Tangam, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sebagai ahli perhimpunan yang melanggar perintah mahkamah bagi menghalang orang awam, peserta dan penganjur perhimpunan daripada berada di pekarangan Dataran Merdeka Jumaat lalu.

Tangam, 50, seorang bekas tentera, juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan, di mana beliau bersama-sama "Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil" mengingkari perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir dengan menghadiri perhimpunan berkenaan yang dilarang dan seterusnya menyebabkan kegusaran kepada anggota polis yang bertugas di kawasan Jalan Raja Laut pada hari yang sama.

Tangam didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di Jalan Raja Laut, pada kira-kira 3 petang. Dia adalah orang pertama yang didakwa atas kesalahan itu.

Untuk kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan pilihan, Tangam didakwa mengikut Seksyen 188 kanun yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga sebulan, atau denda sehingga RM400, atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanapiah Zakaria meminta mahkamah agar jaminan ditetapkan pada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga memberitahu mahkamah jaminan berkenaan berpatutan memandangkan tertuduh tidak memberi kerjasama kepda polis untuk merakamkan percakapannya.

Peguam Latheefa Koya berkata, anak sulung Tangam yang hadir di mahkamah untuk menjamin ayahnya tidak mampu dan lagi pun beliau (anak Tangam) terpaksa meminjam daripada rakan-rakan ayahnya yang hadir di mahkamah.

Latheefa juga memberitahu mahkamah bahawa tertuduh kini tidak bekerja dan mempunyai enam orang anak dan isterinya adalah suri rumah.

Hakim Mahmud Abdullah menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin, sebelum menetapkan 5 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads