05 di mambau - Google Blog Search |
Pengurusan Sisa Pepejal <b>di</b> negeri ini <b>di</b> tambah baik | Anak-Anak <b>...</b> Posted: 30 Sep 2012 10:07 PM PDT MAMBAU, 30 Sept. – Perbadanan Sisa Pepejal Negara cawangan Negeri Sembilan menyerahkan 85 tong sampah berkualiti tinggi yang boleh memuatkan sampah 40 ke 50 kg satu-satu masa dan berdaya tahan selama tujuh tahun kepada penduduk Kampung Bemban. Penyerahan tong sampah tersebut di adakan di perkarangan Masjid Kampung Bemban, Mambau, petang tadi. Majlis disempurnakan oleh Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Menteri Besar di dalam ucapannya menyatakan, "sisa pepejal harian perlu diurus dan dilonggokkan dengan baik. Dahulu, pembuangan sisa pepejal ini dibawah selia selenggara Majlis Perbandaran Seremban (MPS). "Namun, apabila kita menerima hakikat bahawa pengurusan ini perlu di asingkan dari tugas MPS, Kerajaan Negeri telah menubuhkan perbadanan kerana fungsi dan matlamat menjaga kesejahteraan rakyat." sambung beliau. Menurut Menteri Besar lagi, "Isu ini perlu diberikan penekanan dan penegasan kerana Kerajaan Negeri tidak mahu lagi mendengar rungutan dan komen rakyat bahawa sistem pepejal di negeri ini tidak diurus dengan baik." Kerajaan Negeri turut mengucapkan tahniah kepada Perpadanan Sistem Pepejal negeri ini di bawah pengurusan pengarahnya, kerana baru-baru ini berusaha menambahbaikkan sistem pengurusan dengan membeli lori-lori penyelengaraan untuk tujuan tersebut. "Perkara ini penting.. disamping kita membangunkan negeri ini ke arah lebih baik lagi, kita turut memastikan kebersihan dan keceriaan menjadi keutamaan." katanya. "Kita juga perlu memastikan longkang, rumput dan sampah sarap diurus dengan baik kerana ia turut mencerminkan diri kita." Ujar beliau lagi. Di majlis sama, JKKK Kampung Bemban, Mambau turut meraikan persaraan bekas Imam Masjid Kampung Bemban, Tn Hj Awaluddin Abd Ghafar, 92, yang sudah uzur. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menyampaikan sumbangan dan cenderahati kepada bekas Imam masjid yang disayangi kariah kampung ini. Turut hadir, Tn Hj Jumat Muncak, Pengerusi JKKK Kampung Bemban, Sumber: N9kini.com IKLAN TEKS: Ingin membeli produk insurans Etiqa Takaful? Sekitar Kuala Pilah. Telefon 0123280345 untuk temujanji. Jangan pandang remeh pada sesuatu yang anda rasa tidak perlu sekarang. Suatu hari nanti pasti anda terasa menyesal. Yang anda rasa tidak perlu ini sebenarnya yang akan memberikan sesuatu yang terbaik kala kesempitan. Tokan tando arrow di bawah untuk lihat komen Facebook terkini! |
You are subscribed to email updates from di mambau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan