Rabu, 31 Oktober 2012

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


Kenapa Anak <b>Lenggeng</b> :: Anaklenggeng.Blogspot.com

Posted: 27 Oct 2012 11:29 AM PDT

Kenapa blog ini dinamakan Anaklenggeng

Sebenarnya aku namakan blog ini anaklenggeng sebab aku dilahirkan di Lenggeng,Negeri Sembilan,itu saja.Sebenarnya aku dibesarkan di Kuala Lumpur dan sekarang menetap di Selangor.Aku cuma menetap di Lenggeng sehingga umurku tujuh tahun,selepas itu kakak aku membawa aku berhijrah ke KL selepas kematian orang tua ku.Semasa nak beri nama blog ini aku terfikir akan nama yang unik ,lepas itu terciptalah nama blog ini.
                                          
Mukim Lenggeng terletak dalam daerah Seremban, di negeri Sembilan. Bandar ini terletak kira-kira 16 km di utara Seremban. Lenggeng merupakan bahagian Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Beranang negeri Sembilan. Jadi sebahagian kampung di Selangor terletak juga di negeri Sembilan. Ini berikutan sempadan negeri yang tidak begitu jelas, tidak ada sungai sempadan yang jelas untuk memisahkan Selangor dengan negeri Sembilan.
Antara kampung yang terbahagi 2 di atas sempadan kedua-kedua negeri ialah:
Untuk ke sana, dari Seremban selepas Pekan Mantin dan Balai Polis Mantin ada papan tanda ke Lenggeng ikut kanan dan jalan terus hingga sampai di persimpangan hadapan Sek. Keb. Sg. Machang jika ambil kanan lalu Kg Rawa dan Pekan Lenggeng.Jika ambil kiri lalu Kg Sg Machang Hilir, simpang ikut kanan lalu Kg Jelebu, Kg Tengah terus ke Pekan Lenggeng.
Dari Semenyih, anda belok kiri ke Broga dan terus ke Pekan Lenggeng.
Jika ikut jalan dari Kuala Lumpur, Kajang, Semenyih ke Seremban, sampai Pekan Beranang, Selangor ada simpang, ikut kiri kemudian ikut kanan lalu Kg. Sg Jai, simpang ikut kiri melalui Kg. Jelebu dan Kg Tengah simpang ambil kanan terus ke Pekan Lenggeng.
Dari pekan Pantai kira-kira 3Km terdapat simpang ke kiri untuk ke Lenggeng
Jika dari plaza tol nilai, lampu isyarat pertama ikut kiri, lampu isyarat kedua dan ketiga ikut kanan ikut susur ke kiri selepas Stesen Komuter terus kanan lalu Kg Gebok lampu isyarat ambil kanan sebelum Pekan Mantin, ikut kiri sehingga hadapan Sek. Keb. Sg. Machang ikut kanan, Kg Rawa terus ke Pekan Lenggeng.
Penduduk Lenggeng terdiri daripada orang Melayu sebagai kaum majoriti dari generasi kedua dan ketiga dari penghijrahan orang-orang Minang Sumatra khususnya dari Luak Agam (satu kawasan bermula di Bukittinggi hingga ke Lubuk Sikaping). Orang-orang Minangkabau dari Luak Agam ini menempati daerah-daerah baru di Negeri Sembilan dan Selangor seperti Jelebu, Lenggeng, dan Port Dickson di Negeri Sembilan, dan Semenyih, Ulu Langat, Tanjung Karang, Ulu Selangor sehingga ke Tanjung Malim. Banyak orang ternama seperti Pak Sako, Dato' Aishah Ghani, Datuk Rais Yatim adalah keturunan Luak Agam. Kaum Cina merupakan minoriti yang agak besar di Lenggeng, yang berasal dari daerah perlombongan di Broga dan Semenyih. Orang India sebagai minortiti ramai terdapat di estet-estet bekas kepunyaan penjajah British.
Kampung dalam mukim Lenggeng
Kampung Sungai Machang Ulu
Kampung Sungai Machang Ulu
Kampung Sungai Machang Hilir
Setiap kampung mempunyai ketua adat masing-masing yang di panggil 'Tua Waris' atau 'Datuk Empat'. Terdapat juga suku orang Minangkabau yang bertumpu ke luak-luak di Negeri Sembilan sebelum mereka menetap di Kampung Lenggeng ini. Bagi menjamin kebajikan mereka di luak Sungai Ujong maka tiap-tiap suku diberi 'Tua Waris' bagi menjadi wakil mereka dalam urusan adat dan pentadbiran di Balai Undang Luak.
Sebuah kapal terbang British atau Jepun pernah terhempas di hutan Lenggeng berhampiran dengan kilang kayu balak Lenggeng. Sehingga kini, dikatakan kapal terbang tersebut masih berada di sana, jauh di dalam hutan di atas bukit.
Pada zaman Jepun, tentera Jepun telah membunuh lebih 100 penduduk Lenggeng keturunan Cina berhampiran dengan kilang kayu balak di Lenggeng. Mereka bekerja sebagai pekerja kilang kayu balak, penebang kayu balak dan anak beranak yang tinggal di situ. Dalam satu parit dalam dekat jalan, mereka dibariskan oleh tentera Jepun dan ditembak mati.[perlu rujukan]
Salah seorang peniaga pasar malam yang masih hidup bernama Yaw Kong Sang (85 tahun) yang tinggal di Kampung Baru Semenyih menceritakan peristiwa tersebut dan masih menyimpan 8 keping surat kematian saudara maranya. Beliau pernah menuntut pampasan dari kerajaan Jeun di atas kekejaman tentera Jepun pada tahun 1941.
Sehingga kini tuntutan tersebut belum berjaya dengan alasan kerajaan Jepun memberi 'pampasan' dalam bentuk kapal kepada kerajaan Malaysia. [perlu rujukan] Yaw Kong Sang bersedia menunjukkan lokasi kapal terbang itu terhempas.
Sumber-Wikipidia                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads