Selasa, 16 Oktober 2012

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


aku anak <b>jempol</b>: PAS <b>di</b> FITNAH..?

Posted: 13 Oct 2012 07:17 PM PDT


::Hukum Fitnah::

Bismillahirrahmanirrahim.

Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain. Fitnah boleh diertikan bahawa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya.


Firman Allah SWT :
"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebarkan fitnah, yang banyak menghalang berbuat baik, melampaui batas lagi banyak melakukan dosa."
(Al-Qalam : 10-12)

Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.

Firman Allah SWT :
"Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh."
(Al-Baqarah : 217)

Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (memfitnah) wanita-wanita yang baik lagi beriman berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi azab yang besar."
(An-Nur : 23)

Rasulullah SAW bersabda :
"Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah."

(HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)
Oleh kerana itu, bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan. Maka umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang dibawa atau diterima.

Kita boleh lihat dengan jelas strategi pihak pembangkang yang menaburkan fitnah terhadap YAB Perdana Menteri dan Kerajaan kononnya melakukan kezaliman dan mengabaikan kebajikan kepada rakyat malaysia. Malah mereka tanpa segan silu keluar masuk kampung menjaja cerita, menjual fitnah seolah olah kerajaan tidak pernah melakukan kebaikan kepada rakyat.Mereka melakukkan ini dengan tujuan rakyat marah kepada kerajaan.rakyat benci kepada kerajaan dan menimbulkan keadaan huru hara dan akhirnya memberikan mereka kelebihan semasa PRU nanti.

Bangkitlah........, Ayuh kita bersatu padu,tolak fitnah fitnah yang bertaburan...gunakan kebijaksaan akal bukannya menggunakan emosi untuk mrnghukum tanpa selidik kebenarannya.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads