Jumaat, 28 September 2012

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Reaksi positif Dialog Negara Islam <b>di Negeri Sembilan</b>

Posted: 03 Sep 2012 01:27 AM PDT

SEREMBAN 2 September – Siri Jelajah "Dialog Negara Islam" anjuran HizbutTahrir Malaysia (HTM) memasuki siri yang ke-5 di Negeri Sembilan. Dewan Teratai Hotel Sutera bertempat di Seremban 2 yang boleh memuatkan 150 orang dipenuhi dengan Muslimin dan Muslimat yang berminat mengikuti dialog kali ini.

Ustaz Abdul Hakim Othman dan Ustaz Abu Hafiz Ibrahim menjadi ahli panel dengan moderator dialog kali ini ialah Sdr Zubir Othman. Kedua-dua ahli panel dihujani dengan soalan dari para hadhirin baik secara lisan mahupun bertulis. Di samping itu, soalan paling banyak diajukan melalui sistem pesanan ringkas (sms) oleh para hadhirin dan juga para penonton yang menyaksikan secara langsung melalui laman web rasmi HTM (www.mykhilafah.com).

Persoalan-persoalan yang dilontarkan berkisar tentang metodologi HizbutTahrir dalam menegakkan Khilafah, status Malaysia sama ada Negara Islam atau bukan, hubungan HTM dengan gerakan-gerakan Islam yang lain, bagaimana HizbutTahrir ingin menyatukan umat Islam, peranan dan pandangan HizbutTahrir berkenaan revolusi di Timur Tengah, persoalan hudud dan banyak lagi. Abdul Hakim yang juga Presiden HTM menjawab kesemua persoalan dengan tuntas, ringkas dan padat dibantu oleh Abu Hafiz yang juga AJK Pusat HTM.
   
Daripada kehadiran dan persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh para hadhirin, menunjukkan kesedaran mereka akan kepentingan menyatukan umat Islam di seluruh dunia dan usaha inilah yang sedang dilakukan oleh HizbutTahrir dengan jalan menegakkan Negara Khilafah. Pada sesi rehat, hadhirin dihidangkan dengan tayangan video tentang perjuangan HizbutTahrir di seluruh dunia yang semakin membesar dan semakin diterima oleh umat Islam.

Di akhir majlis, Abdul Hakim menyeru agar para hadhirin khususnya dan umat Islam amnya turut serta bersama HizbutTahrir dalam perjuangan menegakkan Khilafah kerana ia merupakan sebuah kewajipan yang tidak boleh diabaikan oleh setiap Muslim. majlis berjalan dengan baik dan berakhir sekitar jam 1.15 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads