05 di tampin - Google Blog Search |
Guru Marhaen: Bunuh ala mafia <b>di Tampin</b> Posted: 21 Sep 2012 07:50 AM PDT USUNG...anggota JPAM mengusung mayat mangsa. Gambar kecil, Sivabalan. TAMPIN: Tiga lelaki dipercayai bekas tahanan Ordinan Darurat melakukan tiga serangan 'ala Mafia' dipercayai bermotifkan dendam lama di sekitar bandar ini kelmarin, menyebabkan seorang lelaki terbunuh, seorang parah ditetak, manakala dua remaja lelaki berusia 16 tahun cedera. Dalam insiden pertama jam 10.30 malam, ketiga-tiga suspek bersama lebih 15 rakan mereka yang bermotosikal menyerang dua remaja berusia 16 tahun di sebuah kedai mencuci kenderaan di Repah, di sini, menyebabkan kedua-dua mangsa cedera. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, insiden itu berlarutan apabila pada jam 11.30 malam, tiga suspek sama menyerang mangsa kedua, M Sivabalan, 42, di rumahnya di Taman Bukit Tampin, di sini. Katanya, dua daripada suspek menetak kepala, bahu dan tangan Sivabalan menggunakan parang di depan anak dan isterinya sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Tampin (HT), namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan .harianmetro. p/s : sungguh kejam, sampai putus tangan. Mereka seolah-olah tidak takut dengan undang-undang di Malaysia membunuh sesuka hati macam bunuh ikan di sungai hehehe aduh kesian. |
Kuasai Asas Besi <b>Tampin</b> Dulu, Jangan Gopoh, Tak Menyempat2 Posted: 15 Sep 2012 11:43 AM PDT Salam pertemuan. Pahit manis dan asam garam perjalanan saya dalam dunia latihan besi tampin penuh dengan kalimah ini : BOSAN * BORING * TAKDER SENAMAN UNTUK TUMMY KER *. Tetapi saya harung jer la sebab sudah minat mendalam pada besi ni & perkara2 berkaitan. Kalau boleh saya pertimbangkan complaints diorang, Insya Allah saya saya beri perhatian & kalau tak boleh tak apa, mungkin 'jodoh' saya tak de dgn mereka. Lebih2 lagi klu kaki complaint ni terdiri dari pengamal mazhab2 Zumba, Aerobik Lompat2,Tarian Poco2,Joget Gangnam Style ( Masya Allah, ada jugak fenomena ni dalam blog Besi Tampin...:p ), Crossfit, Muay Thai, Tabata, HIIT. Bukan maksud saya untuk istihar jihad perang sabil ke atas mereka yang seronok dengan sistem2 senaman di atas, tetapi mungkin silap saya jugak sebab tak beri penjelasan terperinci tentang mazhab2 yg sye bawak@ ajar. Mereka di atas ni kebanyakkannya mentafsirkan senaman untuk berkesan & kurus, mesti berpeluh giler, mesti putus nafas, mesti push kaw2 sampai ke "titisan darah yang terakhir" la kira nyer, jadi aturcara kelas besi tampin saya yang kebanyakkannya lebih kurang begini : Sesi urut otot dengan bola tenis, bosa lisut & bola golf + Core Activations / Spine Loosening Drills + overhead press & row/squat series + ditamatkan dengan 20-40 set swing, kemudian sesi berikutnya terbalik, buat swing dulu kemudian press/row/squat, pastu langsung takder crunches/sit up pastinya mengundang 'laknat' pada mereka. Tidak dinafikan, selalu jugak saya makan hati...tapi apabila kenangkan inilah minat saya, saya kuatkan semangat, sebab apabila agak lama berlatih ala 'lone ranger' & 'berjalan sendirian' seperti Agen Eden Sinclair citer Doomsday ni : , mungkin kemahiran komunikasi saya perlu lebih perhatian... =D ! Baiklah, ini adalah tips senaman asas bukan sajer besi tampin, malah penguasaan anda dalam senaman2 berat badan sendiri seperti mendagu, pistol & tekan tubi. Jom sama2 kita baca =D 1. Sebelum anda bercita2 untuk snatch, terutama untuk lulus RKC, IKFF, AKC, WKC, RGSF, Tacfit mahupun layak dapat ranking sukan besi tampin, WAJIB memperbanyakkan swing! Swing sangat mustahak sebab dalam snatch ada 3 fasa & fasa pertama ialah kebolehan anda untuk swing besi tu tinggi sampai paras mata ( mungkin lebih tinggi ) sebelum 2 fasa berikutnya. Ramai yang tergopoh-gapah dalam snatch ni dan fasa pertama tu kantoi seterusnya menggangu kesinambungan fasa 2 & 3. Fasa 1: Headeye swing , yakni swing tinggi , Fasa 2: High pull , siap sedia untuk lockout & Fasa 3 : Punching through yakni lockout. Gagal fasa pertama, anda akan cepat pancit, sakit bahu, sakit pinggang pendek kata KO cepat & langsung tidak efficient. Hal yang demikian sangat lah bahaya kalau anda nak dapat katakan lah 200-300 reps dalam masa 10 minit, oleh sebab itu 'masak2' lah dengan swing tu. Jadi seorang yang pro tentang swing sebab, Insya Allah hasilnya nanti amat menakjubkan =D ! 2. Sebelum anda berangan untuk jerk / push press banyak reps contohnya dalam sukan besi tampin, banyakkan overhead press tanpa bantuan otot kaki. Petua ini dari Mike Mahler dan Valery Fedorenko . Ye, banyakkan perfomance base overhead press ( perlu dingat, orang baru sila mahirkan teknik press RKC macam ni dulu sebab teknik Mike & Valery ni sgt demanding, kalau tak biasa boleh terpeleot ) Saya sedang bereksperimen dengan teknik mereka dan alhamdulilah banyak peningkatan. =D 3. Pastikan anda mampu bertahan lama dalam 3 posisi genggaman besi tampin tu, ( rujuk video saya ) sebelum anda kemaruk dengan workout2 kb di youtube mahu pun dari dvd. Hampir semua drill besi tampin ada racked position, farmer hold & overhead lockout hatta dalam mazhab Smooth Flow yang dibawak oleh Bro John Wolf ni : Ni jugak dari pengalaman sye dan anak didik. Kadang kala gerak tu kita boleh buat betul tapi otot/sendi kita cepat lenguh bila 'sangkut' besi tampin di badan, tu yang buat leceh...=( Jadi, penyelesaiannya: latih, didik otot/sendi tu biasa dengan posisi tersebut. Sama jugak ceritanya pada tekan tubi, mendagu, pistol : tahan selama mana yang boleh dengan postur yang betul pada posisi paling mencabar, contohnya mendagu apabila dagu kita sudah cecah palang, tahan la @ situ . Kisah menarik dari latihan isometrik @ tahan-menahan ni mungkin menggembirakan orang lelaki...setelah hampir setahun genggam sandang 2 bijik 24kg , rack position la cakap omputihnya, kawan2 termasuklah trainer/instructor lain tanya saya : " Wow, bro, u look so buff, chest u nice , cantik besar...u makan streoid/supplement ke?" Saya hanya mampu tersenyum sebab saya pun terkejut hanya dengan buat rack position tahan sampai 30 saat, dalam 6-8 set gitu, dada saya membidang & lats saya mengembang walaupun kurang mendagu ketika itu...kesan sampingan yang sungguh menggembirakan...dada bidang tanpa bench press ! Tugas anda sekarang = cari posisi yang paling susah dalam senaman anda dan tahan2 kan lah ...selamat 'berseronok' dengan tahan-menahan ni =D ! Bersambung |
You are subscribed to email updates from di tampin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan