05 di rasah - Google Blog Search |
Posted: 16 Sep 2012 08:02 PM PDT TERKINI! Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang didakwa melepaskan tembakan di kawasan rumahnya di Rasah Kemayan, malam Jumaat lalu. Ketua polis negeri, Osman Salleh berkata, difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 malam selepas Exco berkenaan bertengkar dengan seorang lelaki yang berada di kawasan rumahnya. Bagaimanapun, tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu. Semalam, Pengerusi DAP negeri yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook, mengeluarkan satu makluman bahawa beliau mendapat maklumat ada tembakan dilepaskan di rumah ADUN berkenaan beberapa hari lalu. Anthony menulis di Twitternya semalam dengan mengatakan: @anthonyloke Dpt info seorang ahli EXCO NS melepaskan 1 das tembakan dirumahnya. Minta Polis NS siasat segera spt mana kes bodyguard DSAI" Manakala di laman Facebooknya, Anthony menulis: Saya mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan dari UMNO telah melepaskan satu das tembakan melalui pistolnya ke arah seorang lelaki misteri di rumahnya di Seremban dalam satu pergelutan beberapa hari yang lepas. Saya harap tidak ada usaha untuk "cover up" kes ini oleh pihak berkuasa dan siasatan terperinci mesti dijalankan serta merta. Kalau kes mengacukan pistol yang melibatkan bodyguard Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan perhatian serius oleh pihak polis, maka kes ini juga perlu disiasat dengan segera! Insiden tersebut telah mendapat liputan meluas sebaik sahaja tersebar di laman sosial dan portal berita yang memperolehi maklumat mengenai kejadian tersebut malam tadi. Ini mengingatkan kita pada kejadian 14 April 1982, di mana Speaker negeri, Taha mati ditembak di hadapan pintu rumahnya di Gemencheh ekoran pergolakan dalaman parti itu kerana allahyarham dicalonkan semula yang membuatkan kemarahan musuh politiknya. SEREMBAN 16 Sept. - Polis sedang menyiasat dakwaan seorang ahli politik yang melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki di Rasah Kemayan di sini kelmarin. Kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman ahli politik berkenaan kira-kira pukul 8 malam. Difahamkan ahli politik berkenaan melepaskan tembakan dari sepucuk pistol jenis Revolver miliknya selepas dia menemui seorang lelaki berada di rumahnya. Kejadian berkenaan dikatakan berlaku apabila ahli politik bergelar datuk itu baru pulang ke rumahnya dan terkejut apabila melihat seorang lelaki berada di rumahnya. |
You are subscribed to email updates from di rasah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan