Selasa, 11 September 2012

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Air Sungai <b>Linggi</b> selamat digunakan – MB | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2012 07:25 AM PDT

SEREMBAN, 05 Sept. – Isu masalah air berbau di Sungai Linggi adalah berpunca daripada kandungan ammonia air mentah yang amat tinggi.

Oleh yang demikian, pihak SAINS merawat air tersebut dengan mencampurkan klorin ke dalam air untuk mengurangkan kandungan ammonia.

Demikian kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan kepada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini, hari ini.

Katanya, "kerajaan negeri telah mendapatkan nasihat pakar dari Kuala Lumpur bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan kandungan ammonia di dalam air dan sekaligus dapat mengurangkan bau yang kurang menyenangkan."

Jelas beliau lagi, sementara ini punca yang dikenalpasti adalah disebabkan oleh pencemaran di Sungai Linggi yang semakin meningkat sehingga menjejaskan kandungan air.

Namun, beliau menasihatkan kepada masyarakat agar jangan mudah percaya dengan tohmahan yang mengatakan bahawa air tersebut telah tercemar dan tidak selamat lagi digunakan.

"Sehingga kini, pihak kerajaan negeri telah memastikan bahawa air tersebut selamat digunakan dan langkah sementara akan diambil dan sebaiknya penduduk perlu menakung dahulu air sebelum digunakan," kata beliau.

Mengulas lanjut mengenai pembangunan Pekan kecil yang dirancang untuk dibangunkan, beliau menjelaskan bahawa, kerajaan negeri telah mengenalpasti bahawa ada beberapa Pekan kecil yang berpotensi menjadi Pekan Satelit tetapi ianya akan dijalankan secara berperingkat.

"Atas usahasama dari pihak swasta, sebahagian estate mereka akan dijadikan sebagai kawasan perumahan dan pusat-pusat komersial bagi menjayakan perancangan yang dilakukan oleh kerajaan," ujar beliau.

Namun jelasnya, pembangunan seimbang yang akan dibangunkan mestilah mempunyai sistem perkhidmatan awam yang baik dimana perhubungan dari pekan ke bandar berada dalam keadaan yang memuaskan.

Menurut beliau, rancangan ini merupakan salah satu langkah bagi mencegah masyarakat hanya tertumpu di bandar Seremban sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas.

"Dengan terbinanya Pekan Satelit ini nanti masyarakat akan lebih tertumpu di kawasan-kawasan daerah seperti di Rembau dan Bahau dan sekaligus dapat menaiktaraf Pekan kecil kepada Pekan Satelit," kata beliau.

Terdahulu, Menteri Besar telah menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan Baitulmal dengan jumlah keseluruhan RM13,903.00 dan sumbangan kepada badan-badan NGO yang memerlukan.

Oleh : Ainaa@n9kini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads