Rabu, 12 September 2012

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


MAINS serah zakat asnaf fakir miskin <b>di Jempol</b> | N9 Kini - Portal <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2012 11:48 PM PDT

BAHAU, 11 Ogos – MAINS menyerahkan wang zakat berjumlah RM100,200 kepada 334 orang asnaf fakir miskin di Daerah Jempol hari ini.

Selain itu, MAINS turut menyerahkan zakat kepada 42 masjid di daerah Jempol berjumlah RM22,000.

Penyerahan disempurnakan oleh Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi MAINS di Majlis Penyampaian Asnaf Fakir Miskin MAINS Daerah Jempol 2011 di Dewan Majlis Daerah Jempol, Bahau pagi tadi.

Rakyat negeri ini diingatkan agar menginsafi hidup di negara yang dipimpin oleh para pemimpin yang mengutamakan rakyat.

Menurut Menteri Besar di dalam ucapannya, "kesejahteraan rakyat negara ini hasil dari perpaduan dan kesepakatan pelbagai kaum yang saling hormat menghormati."

"Kerajaan hari ini telah menjalankan kewajipan sebaik mungkin dengan menghamparkan kemewahan buat rakyat negara ini. Pelbagai bentuk bantuan di hulurkan kepada anak-anak yang baru lahir sehingga warga emas melalui agensi dan jabatan-jabatan." Tambah beliau lagi.

Katanya lagi, "Jika dibandingkan dengan negara yang mundur dan sedang bergolak, mereka menghadapi kesusahan hidup yang jauh lebih teruk di sini. Jika tidak bergolak, negara mereka mundur."

Apabila mundur, rakyat akan hidup di dalam tekanan.

Tambah Menteri Besar, "rakyat Malaysia seharusnya bersyukur, kerana kanak-kanak tidak perlu bekerja demi keluarga mahupun terpaksa mengemis dari satu pelancong kepada pelancong yang lain. Tidak berlaku di sini, tetapi berlaku di Indonesia, Bangladesh, Brazil dan beberapa negara lagi."

Sambung beliau, "jika dahulu kerajaan memberi subsidi pada barangan keperluan, namun pada tahun ini, kerajaan memberi bantuan di dalam bentuk kewangan pula. Berfikirlah, dengan baik mana kerajaan di dalam dunia yang telah memberi subsidi kemudiannya memberi wang pula."

Turut hadir, Dato' Shamsulkahar Md Deli, ADUN Serting  merangkap bapa angkat DUN Bahau, Dato' VS Mogan, ADUN Jeram Padang, Dato' Zainal Abidin Hj Ahmad, ADUN Sungai Lui.

AISYAH BAKAL JADI CALON PRU13 PAS <b>DI JEMPOL</b>!!!

Posted: 12 Jun 2012 03:30 AM PDT

Baru sebulan dua penyanyi Aishah menyertai PAS, desas-desus kencang bertiup di dalam parti itu yang menyatakan dia akan terpilih sebagai calon mewakili parti tersebut pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Khabarnya, bisik-bisik di dalam PAS memberitahu bahawa Aishah akan dicalonkan di Jempol, Negeri Sembilan. Tak tahulah sama ada di Parlimen atau DUN. Tapi begitulah dikhabarkan…

Bagaimanapun, Aishah di dalam temubual bersamah Harakah baru-baru ini memberikan jawapan standard mengenai desas-desus tersebut dengan menafikan dirinya telah terpilih menjadi calon PRU mewakili PAS.

Namun, Aishah beberapa kali menjelaskan bahawa dia BELUM mendapat tawaran rasmi dari partinya untuk menjadi calon di Jempol nanti.

Dalam ertikata lain, Aishah sudah tentu ada menerima tawaran untuk menjadi calon untuk PAS, cuma dia belum mendapat tawaran rasmi dari parti tersebut.

Menariknya, perkhabaran tersebut dikatakan telah menyebabkan seorang lagi "artis PAS" sakit hati, meradang dan geram.

Menurut sumber, selebriti yang menyertai PAS lebih awal dari Aishah itu bengang pada Aishah yang mendapat tempat sebagai calon PRU mewakili parti berbanding dirinya yang lebih senior dan lebih "warak"… BACA SAMBUNGAN DI KEDAHAN69ERS.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads