Ahad, 23 September 2012

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Masalah air berlarutan sejak 1999 <b>di Jelebu</b> - Mohamad Taufek Abd <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2012 12:32 AM PDT

16 September 2012
Jelebu, N.Sembilan - Kira-kira 300 rumah penduduk di sekitar Simpang Pertang, Simpang Durian dan dua taman berdekatan terjejas berikutan sering kali menghadapi masalah gangguan air.
Penduduk, Mohd Yusof Salleh, 48, berkata, Rumah Awam Simpang Durian dan Taman Desa Permai merupakan antara kawasan paling bermasalah susulan tangki air di kawasan terbabit sering kali pecah.
"Sebelum ini, tangki air di Taman Desa Permai pernah pecah pada 1999, malah pemimpin negeri pernah turun padang meninjau keadaan di situ.
"Pihak berkaitan ada menyatakan untuk mengganti tangki berkenaan namun sehingga hari ini penduduk masih bergantung kepada tangki lama.
"Akibatnya, penduduk terpaksa menghadapi masalah kekurangan air dan bertambah kronik setiap kali menjelang musim perayaan yang mana penggunaan air meningkat secara mendadak," katanya.
Seorang lagi penduduk, Mazlan Said, 53, berkata terdapat kebocoran pada tangki berkenaan baru - baru ini hingga menyebabkan bekalan air penduduk terputus selama 48 jam.
"Paling teruk sekali apabila bekalan air terputus selama 36 jam kira-kira sebulan lalu sekali gus mendatangkan masalah kepada kerana kami tiada bekalan air lain di sini.
"Apabila berlaku masalah ini, penduduk terpaksa mencatu kegunaan air. Jika penduduk itu berniaga makanan misalnya, mereka juga menghadapi masalah," katanya.
Sementara itu, Mustakim Mohamed, 48, berharap masalah tersebut dapat diatasi secepat mungkin demi kesejahteraan dan keselesaan penduduk.
Menurutnya, masalah sedemikian tidak wajar berlaku apatah lagi kedua-dua lokasi taman perumahan itu terletak di kawasan pekan.
"Terdapat lebih 300 rumah di kedua taman perumahan ini. Jika sebuah rumah mempunyai lima ahli keluarga, bayangkan bagaimana mereka mahu berkongsi bekalan air yang sedikit," katanya.

Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Daerah <b>Jelebu</b> Ogos 2012

Posted: 16 Aug 2012 07:39 AM PDT

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada anak Negeri Sembilan) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
2. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR & DESA
3. JURUTEKNIK KOMPUTER
4. TUKANG K3
5. PEKERJA AWAM

Tarikh tutup permohonan ialah pada : 30 Ogos 2012

Maklumat lanjut jawatan kosong sila klik sini
Borang Permohonan jawatan sila klik sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads