Jumaat, 10 Ogos 2012

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Pilihan Anda: Parti Bikini <b>di Seremban</b> batal kerana bantahan

Posted: 03 Aug 2012 07:01 PM PDT

|

SEREMBAN: Penganjuran parti kolam yang boleh dianggap lucah di sebuah kelab golf di Rasah Kemayan, malam ini dibatalkan berikutan amaran dikeluarkan beberapa pihak berkuasa kepada penganjur dan pemilik kelab itu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya sudah memanggil pemilik tempat yang menjadi lokasi penganjuran parti itu dan memberi amaran supaya acara itu tidak diteruskan.

"Penganjur sudah dipanggil dan mereka ditegah supaya tidak meneruskan parti itu. Kami menasihati supaya tak dilaksanakan (parti kolam) dan setakat ini dalam perjumpaan itu mereka akur untuk membatalkannya.

"Polis akan membuat pemantauan. Apa yang menjadi masalah besar dalam hal ini ialah mereka (penganjur) menjemput orang awam dan bukan parti untuk ahli kelab saja," katanya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian PenguatkuasaanJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) Ahmad Husaini Mustafa pula berkata, pihaknya akan mengikuti perkembangan isu secara dekat dan bertindak mengikut Enakmen Jenayah Syariah 1992 Pindaan 2003 terhadap umat Islam yang berkelakuan luar batasan jika parti itu dilangsungkan.

"Berkelakuan tidak senonoh, berpakaian seksi dan mengambil minuman keras pasti dikenakan tindakan.

"Kami akan memantau perkembangan ini kerana tidak mempunyai kuasa untuk menghalang penganjurannya. Kuasa menghalang terletak pada polis," katanya. Menurutnya, individu Islam tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita bakal berhadapan hukuman denda atau penjara, jika didapati melakukan kesalahan mengikut undang-undang syariah ditetapkan.

"Jika ditangkap dan disabit kesalahan kerana mengambil minuman keras, pesalah itu boleh didenda hingga RM3,000 atau dua tahun penjara, manakala jika berpakaian tidak senonoh, hukumannya pula RM1,000 atau penjara,'' katanya.

PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Berkaitan : ISU, KONTROVERSI, TERKINI


Share/Bookmark comments
Posted by Desperado on 10:01 AM. Filed under , , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads