Semalam selepas mama hantar Qayyum ke asrama,
terus je gerak ke Kampung Mr H @ Ayah di Rembau,
tak dapat berbuka pada hari pertama,
tapi mama sempat juga hari ke 2...
Qayyum banyak kerja sekolah jadi kalau balik kampung memang relak le dia,
jadi minggu depan InsyaAllah kalau tak ada apa2 hari Jumaat mama kesana lagi untuk berbuka,
Sementara ada orang tua ni walaupun Mertua,
Walaupun Mertua mereka juga ibubapa kita,
Teringat mertua cakap semalam,
"Kalau dokek le rumah, mak dah gi hantar dah rendang dengan kelepong"
"Tak tertolan Mak tengok lauk yang kau suko Jo"...
Sedih sebenarnya masa mama dengar tu,
tapi mama tahan je, takan nak berbuka dengan air mata pulak....
Terus teringat pada Arwah Mak....
Arwah Mak pesan kalau kau Sayang Mak Mertua kau,
Mesti dia sayang kau juga...
Sebab tu walaupun mama kehilangan Mak...
Tapi ada Mak Mertua yang mama anggap seperti Mak mama sendiri....
Mama kehilangan Mak, Cukup buat mama rasa terduduk...
tak tahu nanti macam mana lah....
Mak Kau tiada galang gantinya dihati ini,
Mak Mertua Kau juga tida galang gantinya...
Buah Selasih Buah Kelubi, Didalam Dulang Hidangan Pagi, TERIMA KASIH Daun Keladi, Jangan Lupa Bila DIUNDANG Datanglah Lagi