di negeri sembilan - Google Blog Search |
Zakat Fitrah 1433H RM6.50 <b>di Negeri Sembilan</b> | Anak-Anak Negeri <b>...</b> Posted: 18 Jul 2012 06:09 AM PDT SEREMBAN, 18 Julai – Sidang Media ringkas bersama Menteri Besar hari ini di Bilik Tetamu, Wisma Negeri telah menjelaskan beberapa perkara untuk kefahaman umum. Terdahulu, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar menghulurkan bantuan sumbangan dari pejabatnya dan bantuan zakat kepada mereka yang memerlukan. Di mana kefahaman tersebut adalah seperti berikut, Mantai Ramadhan 1433H Tidak seperti tahun sebelumnya, tahun ini Kerajaan Negeri hanya menyediakan tapak bagi peniaga menjual daging di Mantai Ramadhan 1433H. Terdahulu, peniaga mantai Ramadhan bersetuju dengan kos yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri untuk menjual daging lembu mereka dengan harga RM18.00 berbeza dengan harga di pasaran. Apabila tahun ini tidak ada kata putus dari rundingan para peniaga dan jawatankuasa pertanian, Kerajaan Negeri hanya menyediakan tapak untuk mereka seperti tahun sebelumnya. "Namun begitu, kemeriahan sambutan Ramadhan seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini pengurusan adalah sepenuhnya oleh Jabatan Vateriner Negeri Sembilan." Ujar Menteri Besar. Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan Dari hasil rundingan dan persidangan Majlis Fatwa kebangsaan, serta mendapat persetujuan dari Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan pekenan DYMM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, maka MAINS menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri ini ialah RM6.50 sama seperti tahun sebelumnya. Penetapan kadar zakat fitrah ini di nilai daripada jenis penggunaan beras rakyat di negeri ini. Menteri Besar menasihatkan agar rakyat negeri ini supaya melaksanakan ibadah ini awal bagi mengelakkan diri dari terlupa dan sebagainya. Prestasi kontinjen SUKMA di Pahang. Prestasi bagi tahun ini adalah tidak memuaskan berbanding dua tahun lalu, apabila pasukan NS menduduki tempat ketiga. Walaupun mereka gagal di dalam prestasi sukan kali ini, tidak bermakna mereka tidak berusaha untuk mendapatkan pingat dan mengharumkan nama Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri tetap berbangga kerana mereka telah berjuang sehabis baik. Sumber: N9kini.com Tokan tando arrow di bawah untuk lihat komen Facebook terkini! |
You are subscribed to email updates from di negeri sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan