05 di tampin - Google Blog Search |
Gangguan bekalan air dibeberapa kawasan <b>di</b> Jempol, <b>Tampin</b> dan <b>...</b> Posted: 16 Jul 2012 03:01 AM PDT SEREMBAN - Beberapa kawasan di Jempol, Tampin dan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja-kerja pengalihan dan pemasangan paip, pam penggalak dan injap kawalan tekanan. Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan bekalan air mulai pukul 8 pagi hingga 7 pagi keesokannya (18 Julai) di Jempol melibatkan Palong 2 hingga Palong 16, manakala di Tampin melibatkan Palong 1, Felda Pasir Besar, Taman Pasir Besar, Pekan Pasir Besar, Kampung Pasir Besar, kilang sawit dan rumah kakitangan Pasir Besar. "Sementara, gangguan bekalan air mulai pukul 8 malam hingga 6 pagi keesokannya (18 Julai) di Seremban pula melibatkan seluruh Bandar Seremban, Rasah, Mambau, Rahang, Templer, Temiang dan Lobak," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa. Azlan berkata pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. Sumber: Bernama Tokan tando arrow di bawah untuk lihat komen Facebook terkini! |
You are subscribed to email updates from di tampin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan