Khamis, 12 Julai 2012

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


kemalangan ngeri <b>di</b> Kilometer 4 Jalan <b>Tampin</b>-Gemas - Ajal motor <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2012 02:39 AM PDT

Views

Dalam kemalangan ngeri di Kilometer 4 Jalan Tampin-Gemas, di sini, malam kelmarin, adik Mageswary iaitu H Duraiswami, 34, dan isteri, A Mere Minna, 37, serta anak pasangan itu, Kugan yang berusia dua tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh lori.

Lebih malang, dalam kejadian jam 7.30 malam itu, pejalan kaki, Samugam, 60, turut maut akibat terkena motosikal itu yang terpelanting akibat dirempuh.

 sebelum nahas itu jam 6.30 petang, Duraiswami, 34, membawa isteri dan anaknya ke bandar ini untuk membeli persiapan upacara sembahyang yang dilakukan setiap Jumaat.

Dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Repah Baru sejam kemudian, adik saya yang menunggang motosikal terserempak rakannya, Samugam yang berjalan kaki di seberang jalan sebelum berpatah balik.
Selepas bersembang dengan rakannya, dia mahu menyambung perjalanan apabila lori muatan roti tiba-tiba merempuh motosikal dinaiki tiga beranak itu.

"Samugam yang berada berhampiran turut terkena motosikal yang terpelanting, menyebabkan semua mereka parah. Bunga malai yang dibeli adik saya untuk upacara sembahyang bertaburan di atas jalan

Berikutan kejadian itu, isteri dan anak Duraiswami mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan, manakala Duraiswami dan Samugam mati ketika dirawat di hospital.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads