Khamis, 5 Julai 2012

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


BORAK-QS: Berita Projek: Depoh penyelenggaraan komuter dibina <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2012 11:18 PM PDT


21 Jun 2012 ~ SEREMBAN — Selaras dengan perolehan 38 set tren komuter yang terbaru, kerajaan telah bersetuju supaya sebuah depoh penyelenggaraan khas dibina di stesen komuter Seremban.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, depoh penyelenggaraan itu merupakan depoh komuter terbaru yang secara khusus menjalankan penyelenggaraan ke atas 38 set tren berkenaan.
"Depoh yang terletak di kawasan seluas 16.34 hektar ini adalah antara lain melibatkan pembinaan bangunan depoh electrical multiple unit (EMU), satellite store, cleaner store, 15 lines (6km setiap satu) of trackwork, train electrification, signalling dan peralatan depoh," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah depoh EMU KTMB Seremban di sini hari ini.
Beliau berkata, secara keseluruhan, depoh yang akan dibina itu adalah berdasarkan depoh keretapi di Northampton, England.
Katanya, depoh itu berkemampuan untuk membuat penyelenggaraan enam set tren komuter dan penyimpanan 19 set tren komuter pada satu-satu masa. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads